“Jika xnk kerja jgn jadi nurse”.- Linda Rafar Luah Rasa Tak Puas Hati Atas Layanan Yg Diberikan Kepada Ibunya

Penyanyi dan Pelakon, Linda Rafar meluahkan rasa kesalnya terhadap layanan buruk yang diberikan oleh jururawat, di sebuah Hospital di Selangor.

Dalam satu posting di Instagramnya, Linda meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap layanan yang diberikan kepada ibunya yang telah ditempatkan di hospital tersebut.

Saya hanya merayu tukar cadar yg kena njis drp pukul 3 Pagi tadi. Sampai waktu melawat 1pm ni still tak di layan. Sy dah letak maid cuci njis mak saya.Ni hanya tuk tukar cadar shj ye!!Tukar cadar.. allahuakbar..Jika saya jahat saya dah viral kukavawak!!! Memamg xde hati dan perasaan!!!

Linda mendakwa bahawa dia telah meminta jururawat untuk menukarkan cadar yang kotor akibat terkena najis. Dia juga mendakwa bahawa petugas di hospital itu tidak mengendahkan permintaannya dari pukul 3 pagi sehingga pukul 1 petang keesokkan harinya.

Dia juga turut menyelar jururawat itu sebagai seorang yang tidak mempunyai hati dan perasaan kerana sanggup melakukan perkara seperti itu kepada ibunya yang sedang terlantar sakit.

Bukan mak Dia yg sakit jadi nurse sorang ni tak rasa apa yg kita rasa!!! kita cakap baik2 ,Dia balas kurang ajar. Awak tu Islam n bertudung.kenape yg lain bole hormat awak tak bole nak harmat ye? Saya masih Simpan picture n video. Jika awak masih biasa,saya viralkan!!!Jika xnk kerja jgn jadi nurse..

Dalam pada itu, Linda juga turut memuatnaik posting di Instastorynya bahawa dia bercakap secara baik dengan jururawat yang terlibat tetapi jururawat tersebut bersikap kurang ajar. Dia juga turut menyatakan bahawa jika jururawat terbabit masih berkelakuan kurang ajar dia akan viralkan dan menasihati jururawat terbabit agak tidak memilih profesion sebagai jururawat.

Linda juga turut memuatnaik gambar sekumpulan jururawat dengan caption “Salam ramai-ramai jururawat yang baik ada jugak yang tiada ada”,

Sementara itu pemilik akaun Facebook yang bernama Rusyainie Ramli tampil menjelaskan apa yang berlaku bagi pihak jururawat berkenaan. Menurut Rusyainie, beliau merupakan seorang doktor. Baca perkongsian beliau di bawah :

Untuk PUAN LINDA RAFAR

Mula-mula sekali Puan Linda, saya bukan doktor KKM. Saya doktor tapi dengan kementerian lain. Saya bukan nak membela sesiapa. Tapi saya rasa sebagai doktor yang dikelilingi misi-misi, saya terpanggil untuk menjelaskan keadaan.

Saya minta maaf di atas ketidakpuasan hati Puan Linda pada jururawat-jururawat yang bertugas di dalam wad tempat mak Puan ditempatkan. Saya mungkin tidak faham apa sebenarnya berlaku tapi di sinilah ada silap dari Puan Linda.

Puan Linda tahu kan status Puan sebagai selebriti kan. Ramai kenal Puan. Bila Puan tuliskan perkara begitu, apa yang Puan harapkan Puan dapat darinya?

Walaupun Puan ni terkenal, saya tak pasti sama ada Pengarah Hospital, Matron dan Ketua Jururawat wad tu baca IG story puan. Saya yang rakyat marhaen ni dapat cerita ni pun dari kawan saya. Maaf ya saya tak jadi pengikut Puan di IG.Kalau Puan tak berpuas hati dengan layanan yang mak Puan dapat di wad tu, Puan boleh buat aduan kepada hospital sendiri. Ada borang aduan. Kalau Puan nak kes ni sampai ke pihak paling tinggi pun boleh. Puan taip aduan kat laman sesawang SISPAA KKM.

Dalam masa 14 hari, Puan wajib terima penjelasan dari pihak terbabit. Percayalah Puan, KKM ni memang tak bertoleransi dengan staf yang ada salah laku. Memang mana-mana penjawat awam kalau dilapor oleh masyarakat ke SISPAA, menjawab la nanti.

Lagi satu ya Puan. Mungkin Puan tak tahu, yang mengambil gambar atau video di dalam premis hospital adalah satu kesalahan dan Puan boleh didakwa. Tolonglah hormati undang-undang. Tu kan hospital. Kita ni kenalah pandai bawa diri. Saya pun biasa menjaga ahli keluarga di hospital kerajaan. Di situ, saya hanya pelawat. Bukan doktor. Jadi saya patuh dengan arahan. Nak minta tolong misi sesuatu pun, saya merendah diri.Misi ni kerjanya banyak Puan. Duduk kat kaunter bukan bermakna mereka membawang. Mereka kena buat macam-macam kerja menulis. Dah macam kerani pun ada. Tanpa mereka, pincanglah hospital.

Kadang kala mereka terlupa bila kita minta sesuatu. Tak apa. Pergilah cakap lagi sekali. Ingatkan dia. Kita berbaik sangka boleh kan.

Kerja mencuci pes4kit bukan tugas hakiki misi. Tulah kerja kita sebagai anak, isteri, mak atau cucu. Saya buat semua tu Puan masa saya menjaga ahli keluarga saya. Kadang kala masa melawat pun saya tolong. Tak tahu tak apa. Jumpa misi, minta dia tolong ajar. Misi boleh tahu kita ni ikhlas dalam menjaga ahli keluarga kita.Bila Puan buka cerita begini, maka menderulah manusia-manusia lain menambah garam pada luka. Menuang minyak pada api yang marak. Tak ke menambah dosa kering jadinya. Silap haribulan jatuh fitnah.

Dek seorang dua misi yang Puan rasa teruk sangat, habis semua kebaikan misi-misi yang lain dah terus lenyap. Patut ke begitu?Misi tak dilatih macam askar untuk duduk tegak, atau diri lama-lama. Takkan la letak kaki kat kerusi macam tu pun salah puan. Maaf. Saya tak tahu apa tujuan Puan buat tanda pangkah pada kaki misi tu. Tapi tulah kalau cara dia letak kaki pun jadi isu, bukan ke remeh tu.Misi pun manusia Puan. Mereka juga ada kehidupan macam kita. Entah-entah, dia ada masalah bermain di fikiran dia. Nak ambil cuti kecemasan bukan senang.

Terpaksalah datang kerja dengan minda berserabut. Ataupun dia baru saja kena marah dengan bos dia. Terpaksa lah dia hadap juga muka pes4kit-pes4kit walaupun hati tu pedih semacam. Maafkan lah dia ya Puan.Saya doakan Mak Puan cepat sembuh. Semoga dipermudahkan urusan Puan sekeluarga. Harapnya lepas dah keluar wad nanti, Puan bantulah Mak untuk menjaga kesihatannya dengan lebih baik dengan mengambil ubat seperti yang disarankan, mengikuti tarikh temujanji seperti sepatutnya dan menjaga pemakanan.Maaf sekali lagi kalau kata-kata saya mengundang rasa kurang senang ya Puan.Dari saya, doktor marhaen untuk rakyat marhaen,Dr. Ninie

Diharapkan kedua-dua pihak dapat menyelesaikan permasalahan ini secara baik dan rasional agar tidak menimbulkan perkara negatif.

Sumber -Amazingnara.com via edisimedia.com