” Usya awek Thai..” – Ini Ulasan Keratan Berita ‘Bangkok Post’ Hari Ini Terhadap Pemain Malaysia, Setelah Thailand Kalah.

Semalam baru sahaja selesai perlawanan separuh akhir antara pasukan negara Thailand dengan Malaysia yang menyaksikan kesudahan kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 2 sama.

Walau bagaimanapun, Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki Cup berdasarkan kepada peraturan jaringan tempat lawan.

Penularan berita tentang perlawanan yang boleh dianggap sebagai pertemuan dua gergasi asia tenggara ini sudah tentu menjadi tajuk dan cetakan di dada akbar media masa mahupun eletronik.

Tidak terlepas lidah rasmi surat khabar Thailand melalui Bangkok Post tidak terkecuali melapor dan memberi ulasan tentang perlawanan untuk menempah ke slot akhir Piala AFF Suzuku Cup 2018.

Melalui laporan Bangkok Post, penyerang utama Pasukan Thailand boleh diumpamakan dengan pepatah inggeris “from Hero to Zero” yang bermakna dari disanjung kepada punca kekalahan.

Adisak yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang kejohanan Piala AFF Suzuki cup ini telah mengumpul koleksi jaringan sebanyak 7 jaringan mengatasi mana mana penyerang negara yang menyertai kejohanan kali ini.

Berdasarkan kepada rekod terkini tiada pemain Thailand yang pernah menjaringkan lebih daripada tujuh gol dalam satu edisi pertandingan Piala AFF sejak Netipong Srithong-In melakukannya ketika edisi sulung 22 tahun lalu pada 1996.

Ini bermakna, Adisak Kraisorn bukan sahaja dalam laluan terbaik untuk memenangi anugerah kasut emas penjaring terbanyak, tetapi sekiranya dia berjaya menjaringkan sekurang-kurangnya dua lagi gol pada edisi kali ini, dia akan memahat sejarah baru sebagai pemain Thailand yang menjaringkan paling banyak gol dalam satu edisi Piala AFF.

Namun apa yang menjadi perhatian netizen adalah petikan keratan akbar tersebut yang melaporkan bahawa Pemain Malaysia pada kali ini sangat berdisplin sepanjang berada di Bangkok.

Fokus yang mendalam terhadap kejohanan kali ini sangat membantu pasukan Malaysia dalam menentukan hala tuju mereka ke final sehinggakan mereka tidak langsung menikmati Tom Yam sepanjang berada di Thailand.

Namun apa yang menjadi perbualan hangat netizen adalah petikan akbar itu yang melaporkan bahawa pada kali ini pemain Malaysia langsung tidak memberi perhatian kepada gadis-gadis cantik Thailand seperti kebiasannya.

“ Namun begitu kami pasti bahawa mereka tetap akan mengunjungi pusat urutan dan spa selepas perlawanan untuk berehat dan menikmati kemenangan dengan hati yang tenang”

Antara petikan yang mencuit hati adalah penggunaan perumpamaan “Apa boleh buat, bola itu bulat.. macam-macam boleh berlaku diatas padang”

Admin rasakan ini bukan petikan rasmi daripada Bangkok Post kerana hasil dari carian tajuk berita “ Tiger Show Us Out” tidak wujud di dalam laman web akhbar tersebut.

Mungkin ini kerja budak-budak nakal yang sengaja mengubahsuai keratin akhbar Bangkok Post untuk dijadikan bahan sendaan dan gurauan.

Walau apa pun, admin mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia. Mereka berhak untuk bermain di final.

Jom lihat video Highlight Malaysia vs Thailand malam tadi.