Lihat Reaksi 10 Selebriti Apabila Pasukan Harimau Malaya Berjaya Masuk Final

Malam tadi kita menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF menentang juara bertahan, Thailand yang bersiaran langsung dari Stadium Rajamangala, Thailand.

Keputusan seri 2-2 itu sudah memadai untuk melayakkan skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Golongan selebriti juga tidak terkecuali memberi sokongan padu mereka kepada pasukan negara. Ini dapat dibuktikan melalui posting mereka di akaun Instagram masing-masing.

Ada di antara mereka dapat turut serta menonton siaran langsung di Stadium, ada yang hanya menonton dari rumah dan ada juga yang menonton di kedai mamak. Malah ada yang menonton dari luar negara. Walau di manapun berada, sekongan padu terhadap Harimau Malaya tetap utuh.

Di sini kami senaraikan beberapa selebriti yang berkongsi gambar dan video serta reaksi mereka apabila pasukan Malaysia berjaya menempatkan tempat ke peringkat final :

1. Aiman Tino

” Welcome to Final MALAYSIA !! “

2. Ummi Nazeera

” Alhamdulillahhhh tahniahhh!! #affsuzukicup.. “

3. Faizal Ismail

” Yeaaah Mat Yo! Go Malaysia!! 2-2 #MalaysiavsThailand #affsuzukicup #semifinal #2ndleg.. “

4. Fad Bocey

” SEKARANG NI SIAPA MIMPI NGERIIIII OIIIIIII!!!!!!!!ALHAMDULILLAH!!!!!!!! SEMOGA MIMPI INDAH MALAM NI YEE #affsuzukicup18.. “

5. Rozita Che Wan

” Alhamdulillah dan tahniah kepada Harimau Malaya yang bakal mengaum di final Piala AFF Suzuki Cup 2018 .. “

” Jom qamai2 kita yak yak yeiii @anaszahrin @zainsaidin23 @ayuraudhah_7 @fadbocey @msuhelmy @zaqone_08 … tiket vvip pls.. “

6. Janna Nick

” CONGRATS MALAYSIA KU!.. how i wish i was there. congrats HARIMAU MALAYA! #malaysia #pialaaff #sayangketatsendatpadat.. “

7. Rita Rudaini

” 1st time tgk dia hargai team negara sendiri #AIRIT.. “

8. Ayu Raudah

” Alhamdulillah ke final kita #harimaumalaya @zaqone_08.. “

9. Lan Pet Pet

” Alhamdulillah Tahniah buat Pemain Bola Sepak Harimau Malaya dan Penyokong. Semoga Suzuki Cup milik kita. Berkat Selamat..

10. Jep Sepahtu & Rahim

” Betullah jepsepahtu cakap, memang tak masuk penalti team Thailand. Agak-agak boleh tak dia tolong orang carikkan barang yang hilang.. #SinarKongsi #JepRahimJalanJalanJepun.. “

Sama-sama kita doakan pasukan Harimau Malaya dapat menggenggam Piala Suzuki AFF pada tahun ini. Ayuh Malaysiaku !!