Nak Dekat RM 3,000 Lesap, Kena Halau Lepas Sehari Masuk, Ini Taktik Scammer Penyewa Rumah!

Zaman sekarang, kalau bab-bab nak songlap duit ni memang banyak, lagi maju zaman lagi maju jugalah teknik mereka susun strategi untuk memperdaya mangsa.

Selalu kita dengar scammer pegawai bank, polis, pihak insurans kan? Tapi kali ini taktik terbaru pula dimana menyamar menyamar jadi penyewa rumah!

Kesian dengan mangsa, ribuan wang tunai lesap, bahkan dihalau pula dari rumah tu! Ikuti kisah ini untuk dijadikan ikhtibar.

Iklankan unit ‘high end’ kondominimun dengan harga murah

Kisah yang terjadi kepada ex roomate. Tak tersangka kami terpedaya dengan scammer ni. Kerugian hampir RM3,000.00

Kisah bermula dengan kawan cari rumah sewa baru di sekitar KL melalui portal Roomz.Asia.

Modus operandi mudah, scammer iklankan unit high end kondominium di Menara Binjai 8 KL dengan harga yang murah (termasuk utiliti).

Mangsa akan hubungi untuk bincang tentang unit. Scammer akan ajak untuk house viewing, tapi dia akan suruh staff dia yang jumpa dan tunjuk different unit dari yang diiklankan.

Memang mencurigakan, dah lah harga murah kondo pula yang jenis high end, liciknya scammer ni akan cuba hubungi mangsa tapi bukan melalui telefon! Dah tu layanan pula biadap!

Dia tak akan angkat call dari mangsa

“Semua perbualan melalui whatsapp, dia tak akan angkat call dari mangsa. Staff dia akan keep kata new staff dan tak tau ttg unit tu.

Mastermind akan bagi kata dua, DEAL OFF kalau mangsa desak dan tanya banyak soalan. Scammer akan set masa untuk pindah barang dan sign agreement dan buat pembayaran.”

Dah lah ikut masa dia, dia pula buat peraturan. Lepastu macam tak ada rundingan, teruk betul. Tapi biasalah lain orang, lain keadaan, mungki n mangsa memerlukan tempat tinggal dengan kadar segera.

Mangsa yang terdesak ambil sahaja unit, tiba-tiba….

“Ketika proses akhir, scammer akan hantar staff yang lain pula untuk tunjuk unit yang lain, tak sama masa viewing unit. Masa ni, ketika mangsa desak and nak unit yang sebelum ni, mastermind akan ulang skrip DEAL OFF. ketika ni, mangsa yang terdesak, akan ambil saja unit tersebut.

Mangsa akan sign agreement dan buat pembayaran. Sepatutnya proses tamat dengan baik, tetapi Tidak.”

Tuan rumah sebenar muncu & minta keluar

“Keesokan harinya bermula game sebenar. Tuan rumah sebenar akan muncul dan minta mangsa keluar kerana ingin kemas untuk penyewa lain. Sebenarnya, Scammer akan menyewa unit melalui AirBnB selama sehari dan memperdaya mangsa kononnya itulah unit utk disewa. Selepas mangsa byr dan mula duduk di unit tersebut, esok dia akan disuruh keluar oleh tuan rumah sebenar.

Berhati hati semua. Jenayah kewangan semakin advance. Aku pun terkena juga, tak perasan taktik ni. Aku pun tak perasan agreement sewa rumah yang palsu ni.”

Biadapnya penrangai manusia-manusia, sanggup menipu orang. Aduhai, boleh macam ni pula, dia sewa daripada orang lepastu gunakan peluang ini untuk sewakan orang lain tapi dengan cara kotor.

Tak apalah belajar daripada kesilapan, daripada kisah ini, kita dapat lihat yang hitam putih tu tak bermakna apa-apa pun.