“Kalau Lambat Beli Orang Lain Putih Dulu”, Produk Putihkan Kulit Guna Surat KKM Tipu Pelanggan

Korang yang perempuan ni mesti banyak guna produk macam-macam untuk cantikkan kulit betul tak?

Nak guna produk apa pun tak salah, cuma korang terfikir tak effect bila korangconsume produk atau supplement yang korang makan ni pada masa akan datang? Sesetengah produk memang ada yang selamat untuk dimakan, tapi bukan semua tau. Korang yang nak makan tu cuba check betul-betul sejauh mana kesahihan ‘Lulusan KKM’ produk tu.

Di Twitter baru-baru ni, viral satu isu tentang produk putihkan kulit yang gunakan surat ‘Lulusan KKM’ kepada pelanggan. Tapi betul ke tu surat lulusan KKM?

Bagi free gift Maggie

Nak dijadikan cerita, isu ni bermula dari tweet seorang pelanggan terkejut bila produk yang dia beli tu bagi free gift Maggie. Maggie? Peliknya… Dan dari situ mulalah netizen bercakap tentang produk pemutih ni.

Canang surat ‘Lulus KKM’ kepada pelanggan

Rupanya-rupanya, admin Twitter produk pemutih tu dah terkantoikan diri dia sendiri. Ternyata surat KKM yang dia duk canang dekat pelanggan tu rupanya tak boleh digunakan untuk tunjuan pengiklanan. Tajam betul mata-mata netizen kita ni!

Dah terang-terang point yang nombor 5 tu tulis, “Adalah ditegaskan bahawa surat ini tidak boleh digunakan sebagai kelulusan atau untuk tujuan pengiklanan produk puan.” So surat yang admin pemutih kulit ni bagi tunjuk dekat pelanggan dah menjadi satu kesalahan sebab dah terang-terang kat situ tulis tak boleh guna untuk iklan. Patut la ramai netizen yang marah dan menentang produk pemutih kulit ni.

Hmm, tak sangka macam-macam juga cara orang kita ni nak berniaga sampai sanggup tipu costumer. Korang yang nak beli segala produk tu, pastikan check dulu ye!