‘Anak perempuan you kasi lawa la sikit’ – Kritik anak Nana, netizen sekolahkan wanita ini

Pelakon, penyanyi dan penyampai radio, Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan, 35, baru-baru ini memuat naik gambar OOTD dirinya bersama dua anaknya di Instagram.

Bagaimanapun, ada netizen yang tampil memuat naik komen yang dianggap tidak kena pada tempat. Pendek kata, tak ada adab. Malah, netizen juga mempertikaikan komen individu terbabit.

“Anak perempuan you tu kasi lawa la sikit,” tulisnya.

Berdasarkan gambar, Althea memakai baju lengan panjang Sesame Street, berseluar pendek dan kasut Vans Slip On Rainbow. Di usia 8 tahun, fesyen seperti itu dianggap sebagai santai. Namun entah apa yang tidak kena di mata individu yang mengkritik penampilan Althea.

Komennya itu menimbulkan persoalan Nana.

“Kenapa dengan dia?”

Sementara itu, netizen menganggap komen wanita itu tidak beradab dan juga biadab. Tiada keperluan untuk memuat naik komen seperti itu kerana Althea masih kanak-kanak dan sepatutnya dibiarkan bebas menjadi dirinya.

“Nak lawa apanya? Dia masih budak. Biarkan dia, nanti dah besar dia sendiri boleh lawakan diri dia,” kata netizen..

“You are so obnoxious hah. Nothing wrong with her daughter. She looks like any normal kid will look. You want her to look like 18 year old with makeup and stuff? I think there’s something wrong with you,” kata seorang lagi netizen.