Tragedi Maut Ketika Tidur Memakai Earphone. Ini Kata Kata Terakhir Arwah Sebelum Pergi. Innallilah

“ARWAH sempat memberitahu mahu memasak makanan tengah hari (kelmarin) dan berpesan supaya ibunya pulang makan.”

Begitu kata ahli keluarga Mohd Aidil Azzhar Zahrin, 16, yang ma ut dipercayai terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang dicas di rumahnya, kelmarin.

Pesanan Mohd Aidil Azzhar itu diingati ibunya, 50, yang bekerja di sebuah kilang di Rembau, menyebabkan wanita berkenaan pulang ke rumah, namun terkejut apabila menemui anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ahli keluarga yang enggan dikenali berkata, Mohd Aidil Azzhar yang masih memakai fon telinga telefon bimbitnya ditemui jam 12.45 tengah hari dalam keadaan tertiarap di dalam biliknya di rumah mereka di Kampung Gaing Baru, Pedas, Rembau.

“Arwah kerap memasak untuk ibu dan abangnya pada waktu cuti sekolah dan malam sebelum kejadian dia sempat meminta ibunya pulang untuk makan tengah hari bersama-sama.

“Kami amat sedih dengan pemergiannya,” katanya ringkas ketika ditemui, hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Maimunah, 60, berkata arwah yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Sedia Raja, Rembau terkenal sebagai seorang yang baik dan disenangi ramai.

“Saya difahamkan, dia mengecas telefon bimbitnya sambil memasang fon telinga sebelum tertidur pada malam sebelum kejadian.

“Sebelum ibunya pergi bekerja kira-kira jam 7.45 pagi keesokkannya, dia melihat arwah tidur dalam keadaan tertiarap.

“Dia tidak mengesyaki apa-apa ketika itu. Namun apabila pulang kira-kira jam 12.45 tengah hari, dia melihat anaknya masih belum bangun dan masih tertiarap lalu memeriksa keadaannya sebelum mendapati tubuhnya sejuk.

“Dia segera menghubungi klinik berdekatan sebelum pegawai perubatan yang datang membuat pemeriksaan memberitahu anaknya sudah meninggal dunia,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, pemeriksaan pada tubuh mangsaa tidak menemui sebarang kesan kecederaan kecuali pendarahan pada telinga sebelah kiri.

“Ketika ditemui, telefon bimbit maangsa sedang dicas manakala fon telinga yang terlekat pada telinga mempunyai kesan terbakar.

“Bedah siasat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban mengesahkan mangsaa ma ut akibat renjatan elektrik,” katanya.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai matii mengejut (SDR).

Kredit: macih EE