Selepas Solat Zohor dan Solat Sunat, Imam dan Jemaah Sebak Doa pohon hidayah buat pemimpin

KUALA LUMPUR: Kira-kira 10,000 peserta perhimpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mula memenuhi hadapan Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Tinjauan di lokasi mendapati, jumlah peserta dijangka akan meningkat dan menjelang jam 1 tengah hari.

Peserta turut membawa bendera dan sepanduk bagi menunjukkan bantahan terhadap ICERD.

Beberapa pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) turut dilihat memberi ucapan selain taklimat sebelum himpunan berkenaan bermula.

Persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman ditutup sepenuhnya selain kawalan ketat oleh pihak polis dan wakil penganjur.

Himpunan ICERD: Peserta tunai solat Zuhur, sunat

Selepas Solat Zohor dan Solat Sunat, Imam dan Jemaah Sebak Doa pohon hidayah buat pemimpin

Para peserta perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) menunaikan solat Zuhur di beberapa lokasi di sekitar ibu kota.

Antara kawasan yang terlibat adalah di Masjid Negara, Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan pekarangan pusat membeli-belah Sogo.

Selepas menunaikan solat Zuhur, peserta turut melakukan solat sunat bagi memohon perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Rakaman Nik Abduh imamkan solat Zohor depan Sogo

Selepas Solat Zohor dan Solat Sunat, Imam dan Jemaah Sebak Doa pohon hidayah buat pemimpin

Kira-kira 1,000 penyokong menunaikan solat di atas jalan raya di persimpangan dekat pusat membeli belah itu.

Anggota Jawatankuasa PAS pusat, Nik Abduh Nik Aziz mengimamkan solat berkenaan.

Ini Yang Terjadi Sebelum Perhimpunan Bantah Icerd Dijalankan. Alhamdullilah Memang Penuh

Sejak malam tadi ramai orang dari pelusuk negeri telah pun berkumpul di kawasan perhimpunan aman bantah Icerd tetapi apa yang menarik adalah pada waktu Subuh.

Masjid Negara dibanjiri dengan umat islam yang datang untuk menunaikan solat subuh. Keadaan di dalam Masjid Negara seumpama solat Jumaat. Alhamdullilah.

Imam sebak baca doa pohon hidayah buat pemimpin

Selepas Solat Zohor dan Solat Sunat, Imam dan Jemaah Sebak Doa pohon hidayah buat pemimpin

Suasana jemaah solat Zuhur di Jalan Raja berdepan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur menjadi hening seketika ketika imam membacakan doa sebentar tadi.

Imam – yang dinyatakan sebagai Muhammad Ali Jamil – membacakan doa dengan suara yang sebak selepas selesai memimpin solat.

Melalui doa yang ringkas itu beliau memohon agar Allah mencampakkan taufik dan hidayah kepada para pemimpin di negara ini agar menjadi manusia yang beriman serta bertakwa.

“Kami berdoa di bawah langit-Mu, di bawah pancaran matahari-Mu yang terang berberang [..] Kau selamatkanlah himpunan kami hari ini ya Allah,” katanya.

Jemaah kemudian mendirikan solat hajat sebelum pengacara majlis Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Kamaruzaman Mohamad, mengendalikan majlis.

Untuk rekod Kamaruzaman juga ialah anggota Jawatankuasa Pusat PAS.

Beliau juga mengingatkan peserta supaya menjaga kebersihan dan keselamatan harta awam.