Resepi Kuih Talam Jagung Kastard Lemak Manis Sangat Sedap

Kuih talam kastard jagung , talam keladi ,talam gula melaka antara salah satu daripada variasi resepi kuih talam yang ada di Malaysia.Bagi kami , semuanya sedap hasil daripada rasa lemak pekat santan itu sendiri dan juga rasa yang pelbagai hasil campuran lapisan atas talam dan bawah.

Tak susah jika hendak mencuba di rumah resepi kuih talam jagung ini. Anda boleh hidangkan untuk minum petang dan boleh bertahan 4-5 hari kesegaran talam yang disimpan dalam peti.
Jadi jom anda cuba resepi talam jagung kastard hasil daripada Puan Nor Fatihah ini.Untuk bahan-bahan kuih talam kastard jagung ini , anda boleh bahagi kepada 2 lapisan atas dan bawah.

Talam Kastad Jagung untuk lapisan bawah

* 1 cawan jagung manis dalam tin

* 1 cawan tepung beras

* 2 sudu besar tepung kastard

* 2 cawan santan pekat

* 1/2 cawan gula

dan sedikit pewarna kuning tuk serlahkan warna lapisan talam anda.

Bahan-bahan untuk talam lapisan atas

* 1 cawan tepung beras

* 2 cawan santan pekat

* 1/2 sudu teh garam halus

Semua bahan yang diperlukan dah ada , jom kita tengok step by step menghasilkan kuih talam yang lemak berkrim ni.

Pertama: Untuk lapisan bawah , masukkan semua bahan tersebut ke dalam bekas kecuali jagung manis.Kacau sehingga gula hancur dan tapiskan ke dalam periuk. Panaskan api dna masak menggunkan api kecil sehingga mendidih. Barulah ditambah dengan jagung manis dan kacau rata.

Kedua: Ambil loyang pilihan dan sapu sedikit minyak untuk mudahkan proses pengeluaran kuih loyang apabila siap nanti .Boleh juga alaskan permukaan bawah dengan baking paper. Untuk acuan mini / lompang , anda tak perlu alas,cukup dengan  menyapu minyak sahaja.

Ketiga: Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan masukkan adunan talam lapisan bawah. Kukus dengan api kecil selama 20 mnit. Alas bahagian tepi dengan tuala untuk menyerap kelembapan dan buka setiap 5 minit-10 minit untuk bebaskan wap air.Lapkan dengan tisu dapur jika wap air jatuh atas lapisan talam.

Keempat: Untuk lapisan talam jagung atas , masukkan semua bahan sekali gus ke dalam periuk dan masak juga dengan api kecil sehingga wap naik.

Kelima: Selepas bahagian bawah dah masak , goreskan dengan garpu supaya nanti lapisan atas melekat cantik elok. Tuangkan lapisan atas dengan berhati-hati dan terus mengkus dengan api kecil selama 20 minit lagi dan buka penutup setiap 5-10 minit untuk dapatkan hasil talam jagung yang cantik dan berkilau licin.Lapkan dengan tisu dapur jika wap air jatuh atas lapisan talam.

Keenam: Sejukkan talam jagung yang dah siap sehinga betul-betul sejuk sebelum masukkan dalam peti selama 1 -2 jam sebelum dikeluakrna daripada loyang dan dipotong bagi mendapatkan rasa dan tekstur talam yang menarik.

Tips : Potong kuih talam dengan pisau plastik atau disapu minyak sedikit pada pisau besi tuk potongan yang cantik..