Rupanya Janda Anak Satu Ni Jadi Punca

TINDAKAN pelakon Alyah meninggalkan komen kontroversi di video Instagram milik suaminya, Datuk Ramli MS ada sebabnya.Mengakui kejadian tersebut merupakan hari terburuk pada tahun ini, Alyah memilih untuk tidak lagi memberi ulasan berhubung hal rumah tangganya dan terpulang kepada netizen untuk membuat sebarang andaian.

Berkesempatan bertemu dengan penyanyi lagu Jutaan Purnama ini di majlis Parti Ulang tahun ke-11 Suria FM, Alyah berkata kesabarannya diuji apabila membaca satu komen negatif yang ditulis oleh seorang individu di ruangan tersebut.

Image result for Alyah

Alyah bengang dengan komen seorang netizen di video Instagram milik suaminya, Datuk Ramli MS.
Temu bual bersama Alyah
Apa sebenarnya punca Alyah meninggalkan komen di video Ramli MS sehingga wujudnya perbalahan netizen?
Sejujurnya, kami memang ada isu sedikit dan komen saya itu asalnya hanya bergurau tetapi bila ada satu komen balas daripada seorang wanita tidak dikenali membuatkan ia jadi berpanjangan dan saya hilang sabar.

Dia tak tahu apa-apa tetapi sibuk nak komen dalam tu. Dia nasihatkan kita, bila kita nasihat dia, dia bising pula. Dia masuk ruangan kita kemudian lemparkan kata-kata hinaan. Saya balas komen dia empat kali sahaja tapi dia terus memanjangkan komen dan berterusan tag nama saya di situ.

Ikutkan saya boleh saja kalau nak saman dia… tapi bila disiasat wanita itu berstatus ibu tunggal bersama seorang anak, saya masih ada belas kasihan.

Majoriti pengikut turut sama mengkritik cara wanita itu menulis komen. Tak tahulah fasal apa dia macam mahu berlawan sangat!

Adakah Alyah sedar komen yang ditulis itu akan menyebabkan netizen membuat spekulasi mengenai rumah tangga kalian dan sehingga kini komen itu masih berada dalam video tersebut?
Sebelum tulis komen itu saya sudah dapat jangka apa akan berlaku. Seperti saya katakan tadi, saya anggap hari terburuk saya dalam tahun ini. Video dan komen perbalahan itu masih ada dalam akaun Instagram Tok Ram (Ramli MS) dan dia biarkan sahaja, itu akaun dia… biarlah!

Datuk Ramli MS atau Tok Ram.
Lapan tahun hanya Alyah menjawab hal rumah tangga. Mungkin Alyah boleh jelaskan apa maksud tersebut dengan lebih mendalam?
Saya dah penat lapan tahun orang tanya mana Tok Ram dan mereka seolah-olah tak pandai jaga hati saya. Sekarang ini apa-apa hal berkaitan dia tanyalah sendiri. Saya nak jawab ‘no comment’ sahaja. Cukuplah! Saya dah melalui banyak chapter dalam hubungan kami ini.

Kami masih bersama, siapa yang tahu-tahulah tapi untuk bercerita lebih lanjut saya rasa cukuplah itu jawapan saya. Dalam satu hubungan perkahwinan, saya rasa tak adil untuk saya seorang sahaja yang kena jawab.

Apa-apa berlaku semua orang akan tanya saya dan bukan pasangan saya. Saya menerima persoalan daripada setiap penjuru. Selepas ini, jawapan saya tiada komen!
Komen berbalas Alyah bersama wanita tersebut

Alyah bengang dengan komen negatif dan hinaan daripada seorang netizen dipercayai ibu tunggal.

Setelah isu ini tular dan hangat diperkatakan netizen, mungkin Alyah ingin kongsikan hikmah selepas kejadian?

Saya bersyukur dengan apa yang berlaku, saya dapat lepaskan perasaan ini dan selepas ini orang tak akan tanya lagi. Saya sentiasa berpegang kepada prinsip setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Adakah kontroversi tersebut menganggu karier seni Alyah?

Saya dah dilatih 18 tahun sebagai anak seni, walau apa sahaja masalah datang saya tetap hadapi dengan tenang. Saya dah imune, persembahan tetap berjalan lancar dan nyanyian ini ialah kerja saya, tak kisahlah kita penat, letih atau sedih tetap kena bangun untuk bekerja.