Dulu Dikecam, Kini Disanjung. Inilah Biodata Matyo, Pemain Yg Jadi Hero Benam Skuad Thailand

Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki selepas mengikat Thailand 2-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok malam ini.

Gol pertama skuad Harimau Malaya itu dijaringkan oleh Muhammad Syahmi Safari pada separuh masa pertama.Manakala gol kedua pula dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-71.

Keputusan seri tanpa jaringan pada aksi pertama dilihat menjadi antara faktor utama perlawanan getir itu sangat dinantikan dengan kedua-dua pasukan memiliki kelebihan masing-masing.

Malaysia hanya memerlukan sekurang-kurangnya keputusan seri 1-1 untuk menyingkirkan Thailand yang juga juara bertahan Piala AFF.

Bagaimanapun Malaysia memberi tentangan sengit kepada pasukan Thailand apabila berjaya mengikat skuad Gajah Perang itu dengan jaringan 2-2.

Harimau Malaya berjaya merebut slot ke final yang dijadualkan bakal berlangsung pada 11 dan 15 Disember depan.

Biodata Mat Yo

Jika anda masih ingat, Mat Yo pernah beberapa kali ditimpa kontroversi sepanjang bergelar pemain bola sepak kebangsaan.

Jika dahulu beliau pernah menjadi sasaran kecaman gara-gara perpindahan dari Kelantan ke JDT dan isu pergaduhan dengan pak guard airport, namun hari ini nama Mat Yo meniti di bibir peminat bola sepak tanah air dan diangkat sebagai hero.

Apa tidaknya jaringan penyamaannya sewaktu Malaysia memerlukan satu gol begitu berharga kerana berjaya melayakkan Malaysia ke Final piala AFF 2018.

Norshahrul Idlan bin Talaha (lahir pada 8 Jun 1986 di Besut, Terengganu) adalah pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain untuk Pahang. Beliau adalah pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dan telah menjadi pemain ternama semasa bermain dengan Kelantan FA.

Pada masa ini beliau bermain untuk pasukan ATM FA di Liga Super Malaysia sebagai pemain penyerang. Dengan lariannya yang kencang, kemahiran menggelicik dan menyerang secara bersendirian, banyak pihak mempertimbangkan beliau sebagai penyerang terbaik di Malaysia pada zaman ini selepas memenangi kategori Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai buat tahun ketiga berturut-turut pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012

Stadium Nasional Rajamangala bergegar dengan sorakan peminat Harimau Malaya

Stadium Nasional Rajamangala bergegar selepas lebih 45,000 penyokong memenuhi gelanggang keramat Thailand itu pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF, hari ini.

Sama seperti aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu apabila penyokong Gajah Perang dan Harimau Malaya sudah mula memasuki stadium sejak 6 petang waktu tempatan.

Suasana cukup gamat dengan sorakan penyokong yang tidak henti bersorak bagi menaikkan lagi semangat pemain pasukan masing-masing.

Seperti dijangka hampir keseluruhan ruang stadium dikuasai penyokong tuan rumah manakala lebih 1,500 penyokong Harimau Malaya turut memeriahkan aksi hidup mati kedua-dua pasukan.

Beberapa kain rentang turut dipaparkan kumpulan penyokong Garah Perang dan antara yang kelihatan termasuk ‘Thailand Hardcore’ selain kibaran jalur gemilang turut tidak terlepas dikibarkan penyokong Harimau Malaya.

Malah, aksi berdepan Harimau Malaya juga dijangka akan menjadi rekod tertinggi kehadiran penyokong di Stadium Rajamangala sepanjang kempen Piala AFF kali ini.

Sepakan penalti pemain Thailand yang gagal disempurnakan

Lihat video di bawah, highlight perlawanan Malaysia vs Thailand