Najib Razak Tiba Di Kuala Lumpur Tetapi Cara Beliau Pergi Ke Tempat Itu Jadi Bualan Net izen

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kelihatan turut hadir dalam himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) di bu negara, petang ini.

Beliau yang memakai baju Melayu berwarna putih beserta songkong hitam turut diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau dan Rosmah turut berarak bersama ribuan peserta pada jam 2.10 petang dari Masjid Jamek di sini ke Dataran Merdeka.

Selain Najib dan Rosmah, turut serta berarak adalah pemimpin Umno yang lain, antaranya Datuk Seri Shabery Cheek, Datuk Seri Ahmad Said dan Tan Sri Shahrir Samad.

Himpunan yang dianjurkan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dan disokong Umno dan PAS itu pada mulanya bermatlamat membantah hasrat kerajaan meratifikasinya.

Ia kemudiannya ditukar kepada “himpunan kesyukuran” susulan keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan hasrat itu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata kerajaan akan terus mempertahankan perlembagaan Persekutuan yang termaktub di dalamnya kontrak sosial yang dipersetujui wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini.

Video Ketibaan Najib Razak Dan Beliau Naik LRT

Dalam satu video Live yang dikongsikan dari page rasmi Dato Seri Najib Razak menunjukkan beliau hadir untuk perhimpunan aman icerd dengan berbaju melayu putih. Diiringi dengan ramai orang yang melaungkan takbir ‘Allahuakbar’.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memilih menaiki LRT untuk menuju ke Jalan Raja bagi menyertai Himpunan 812.

Beliau yang menaiki LRT dari stesen Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kemudian turun ke LRT Masjid Jamek sebelum bersama-sama peserta himpunan yang lain berjalan ke Dataran Merdeka.

Yang menariknya beliau menaiki perkhidmatan awam LRT untuk ke tempat perhimpunan. Keadaan menjadi sesak apabila ramai orang berhimpit himpit untuk masuk ke dalam gerabak LRT bersama Najib Razak.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Pekan itu menunaikan solat Zuhur di Surau PWTC bersama beberapa ahli UMNO yang lain.

Tuan Guru Hadi Awang Juga Tiba Ke Perhimpunan

Jalan Raja: Presiden PAS Abdul Hadi awang tiba dengan membonceng sebuah motosikal. Beliau melambaikan tangan kepada para penyokong dan peserta himpunan yang menyambutnya dengan takbir. – Malaysia Kini

Kredit Ekudz via KLViral