Basikal Lajak Flinstone – Suku kaum di Filipina menghasilkan basikal dgn menggunakan 100% kayu

Seiring dengan perkembangan teknologi dan zaman, kita menyaksikan pelbagai kemajuan dan inovasi dari seluruh pelosok dunia. Setiap negara sepertinya berlumba-lumba untuk menghasilkan sebuah teknologi baharu yang mampu mengharumkan nama masing-masing.

Walau bagaimanapun, di Filipina, inovasi adalah jawapan yang tepat apabila disebut tentang gabungan kebijaksanaan dan kreatif antara nilai moden dan tradisional. Suku khas di negara ini menunjukkan bakat mereka dalam menghasilkan basikal yang diukir dari kayu.

Suku aborigin di Filipina, Igolot-Garonne terkenal dengan kemahiran ukiran kayu.

Mereka sangat terkenal dengan kehebatan penggunaan teknik dan kemahiran khas mereka yang diwarisi dari generasi ke generasi. Keistimewaan mereka adalah basikal hiburan yang diukir dan dihasilkan dari 100% kayu pokok.

Setiap ukiran basikal kayu yang dihasilkan adalah berbeza dari segi penampilan yang menunjukkan minat dan kemahiran pengukir masing-masing.

Di bahagian hadapan kenderaan beroda dua ini kebanyakannya direka dengan motif haiwan seperti kepala kuda, naga, singa dan lain-lain.

Hasil kreatif dan luar biasa yang dilakukan oleh suku kaum ini semestinya telah menambah warna yang menarik dalam landskap tempatan. Ketika menunggang hasil kebanggaan mereka ini, mereka akan memakai kostum kebudayaan yang terbaik yang dimiliki.

Mereka sangat berbangga dengan basikal yang dihasilkan yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk mengasah kemahiran ukiran itu dan semestinya memakan masa berbulan-bulan untuk menyiapkan sebuah basikal.

Untuk menambah keseronokan menunggang, basikal yang dihasilkan itu tidak dilengkapi dengan brek dan pedal untuk berhenti atau mempercepat kayuhan supaya dapat mengasah kemahiran tambahan untuk menunggangnya.

Terdapat begitu banyak perkara yang menakjubkan di dunia ini dan suku Igolot-Garonne ini pastinya telah menunjukkan tentang apa yang dimaksudkan untuk menjadi unik dan berbakat!

Jom tonton vide0nya dibawah: