Resepi Ayam Panggang Madu Dan Ayam Panggang Oven Istimewa

Sebut sahaja resepi ayam,terbayang berpuluh malah beratus mungkin menu yang berasaskan ayam ni kan.Kali ini kami nak beri resepi ayam panggang oven dan resepi ayam bakar  madu untuk anda hidangkan istimewa kepada ahli keluarga tersayang.

Ayam panggang yang dibakar rangup pada sebelah luar dan lembut pada bahagian isi dalam sangat lah sesuai dihidangkan bersama nasi ayam , nasi beriani,nasi lemak, nasi kerabu ayam bakar malah dimakan bersama nasi putih dengan sos yang sesuai.

Sos yang best untuk dimakan bersam ayam bakar madu dan ayam panggang tak perlu susah sangat. Oleh kerana ayam telah diperap dan dipanggang , rasa sos perapan masuk ke dalam isi ayam tersebut.Cukup digandingkan dengan sos cili thai atau sos cili meggi atau sos blackpepper.

Tips untuk buat resepi ayam panggang yang betul-betul menjilat jari :

1-Untuk elak bahagian isi ayam tidak masak sepenuhnya ketika dibakar, anda boleh kukus 1/2 masak ayam sebelum diperap dengan bahan perapan madu atau black pepper.Cara ini jadikan ayam masak sepenuhnya, tidak kering malah jadikan ayam rangup pada bahagian luar.

2-Pastikan ayam panggang anda diperap dengan sos perapan sekurang-kurangnya 1 jam atau lebih .Kalau nak betul terasa, perap dalam peti sejuk malam dan bakar pada keesookan paginya.Terangkat habis rasanya.

Sesuai la sewaktu bulan puasa ni.Boleh makan pada sahur kan.

Untuk dapatkan ayam panggang yang berkilat, boleh keluarkan ayam 5 minit sebelum masak dan sapu sedikit marjerin pada bahagian luar , ayam akan jadi berkilat juicy.Untuk anda yang suka resepi ayam bakar sedap dan mudah, memang kena cuba tau dua resepi ayam panggang lengkap ni.

3-Ketika bakar ayam panggang madu,pastikan anda lapik dengan aluminium foil untuk elakkan ayam hangit pada bahagian bawah dan elakkan tompok-tompok hangit terhasil

Resepi ayam bakar madu ini adalah hasil daripada Puan Salimah Olie.Terima kasih atas sumbangan puan.

Bahan-bahan resepi ayam panggang madu : 

Seekor ayam belah 4

Bahan A :

* 2 biji bawang besar

* 4 ulas bawang putih

* 1 inci halia

* 1 kiub ayam knorr

* 2 sudu serbuk lada hitam

* 1 senduk kecil sos black pepper jenama LIFE

* 1 sudu teh garam

* 1 sudu makan gula

* 100 ml air

Semua bahan di atas dikisar lumat .

Bahan B :

* 2 sudu madu

* 3 sudu minyak zaitun

* 2 sudu besar mixed herbs

* 1 heali daun oregano

Untuk dapatkan ayam panggang yang berkilat, boleh keluarkan ayam 5 minit sebelum masak dan sapu sedikit marjerin pada bahagian luar , ayam akan jadi berkilat juicy.Untuk anda yang suka resepi ayam bakar sedap dan mudah, memang kena cuba tau dua resepi ayam panggang lengkap ni.

Cara Penyediaan Ayam Bakar Madu : 

#1: Bahan A yang siap dikisar dicampur bersama bahan B.Lumur pada ayam yang telah dibersihkan.Masukkan dalam plastik dan perap ayam selama 2 jam minima atau semalaman di dalam peti sejuk pada bahagian bawah.

#2: Untuk bakar, boleh guna arang biasa atau pemanggang ajaib serta oven.Jika guna oven, bakar selama 1 jam atau sehingga masak dengan suhu 220’C guna api atas bawah.Jangan lupa lapik aluminium foil untuk elak bahagian bawah terdapat mendapan hangit.

Kalau anda nak kukus ayam tadi sebelum diperap pun boleh.Jadi masa pembakaran dikurangkan sekitar 30-40 minit sahaja ya.Terpulang.

Untuk resepi ayam bakar kedua ini adalah hasil daripada Puan Masz RIta. Terima kasih atas sumbangan resepi ayam yang best ni.

Bahan-bahan Resepi Ayam Panggang Oven : 

* 1ekor ayam sederhana besar .Tak perlu potong.

* 5 biji bwg putih *

* 3 batang serai *

* 3 sudu makan  lada hitam ditumbuk kasar dengan lesung

* 4 sudu makan kicap manis

* 4 sudu makan sos bbq

* 2 sudu makan sos tiram

* 1/2 sudu teh  garam

* 1/2 sudu teh serbuk perasa

* 1 sudu teh gula

Bahan perapan ayam yang bertanda * dikisar lumat.

Untuk dapatkan ayam panggang yang berkilat, boleh keluarkan ayam 5 minit sebelum masak dan sapu sedikit marjerin pada bahagian luar , ayam akan jadi berkilat juicy.Untuk anda yang suka resepi ayam bakar sedap dan mudah, memang kena cuba tau dua resepi ayam panggang lengkap ni.

Cara Penyediaan Ayam Panggang Oven : 

#1: Kesemua bahan di atas disatukan dalam satu bekas dan dilumurkan pada ayam.Lumur pada sebelah luar dan dalam juga jika tidak dipotong. Perap minima 3 jam atau semalaman.

#2: Untuk bakar, panaskan oven terlebih dahulu selama 15 minit.Ayam tadi dimasukkan ke dalam bekas yang dialas dengan aluminium foil.

#3: Bakar selama 50-60 minit pada suhu 200’C menggunakan api atas bawah.Nak letak hirisan kentang atau lobak merah pun boleh pada bahagian tepi ayam.

Tips jadikan ayam panggang berkilat,5 minit sebelum ayam masak, keluarkan ayam dan sapu marjerin atau butter.N bakar lagi selama 5 minit.Ayam panggang akan nampak berkilat lagi.

Untuk dapatkan ayam panggang yang berkilat, boleh keluarkan ayam 5 minit sebelum masak dan sapu sedikit marjerin pada bahagian luar , ayam akan jadi berkilat juicy.Untuk anda yang suka resepi ayam bakar sedap dan mudah, memang kena cuba tau dua resepi ayam panggang lengkap ni.

Memang anda perlu cuba kedua resepi ayam bakar sedap dan mudah ni.Pasti repeat dan jadi kegemaran.Selamat mencuba.