Pakcik Ni Cakap Anak ‘Songlap’ RM800 Dalam Bank, Tapi Netizen Maki Dia Pulak

Zaman sekarang kita memang tak boleh nak ramalkan manusia mana yang jujur, mana yang tak. Siapa sahaja yang tak kesian bila melihat raut wajah warga emas begitu sayu dan lemah tak bermaya berseorangan di tempat awam.

Dalam firasat kita, pasti dia sesat atau buntu mencari hala tuju. Ramai mesti cair  bila tengok dan dengar cerita pak cik ni. Tapi macam ada yang tak kena.

Anak curi duit sampai baki akaun bank tinggal RM 15

Kalau lihat rupa fizikal ni seolah-olah macam tak bermaya, menurut pak cik ini dia baru sahaja mejalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dan ingin pulang ke kampung halaman. Mungkin disebabkan faktor usia dia meminta Ann untuk mengeluarkan wang tunai daripada mesin ATM.

Tapi transaksi asyik tak berjaya walaupun dah cuba banyak kali. Rupa-rupanya bila disemak baki, hanya tinggal RM 15 sahaja!

Katanya anak ada pinjam wang RM 200 sahaja, tapi rupa-rupanya RM 800 lesap begitu sahaja. Bila kita dengar mesti rasa geram dan marah kan? Admin pun, terus terbayang kalau dia tu orang tua kita, mesti nak tolong kan?

Hulurkan RM 50 untuk bantu duit tambang

Tapi, macam ada yang tak kena lah, lepas post ini viral di Twitter ramai netizen katakan bahawa pak cik ini scam. Alahai! 

Dari dulu cerita sama je – Netizen

Bahkan ada yang mempertikaikan caranya, perhatikan gambar pada resit tu, macam mana dari IJN boleh sampai ke Pavilion sorang-sorang. Lepastu duit tak ada. Ada betul juga andaiannya ni.

Bila bagi duit dia pergi macam tu je, esok jumpa lagi buat-buat tak kenal

Hmm, kalau lah betul pak cik ni scam memang teruk, ya lah kadang-kadang ada yang terjadi betul-betul tapi disebabkan alert pasal kes-kes macam ni kita jadi tak berani nak bagi bantuan. Apa pun husnuzon dan ikhlaskan hati je lah, yang penting kita dah dianggap beramal.