“Aku mampu rawat pesakit, tapi kenapa aku XMAMPU selamatkan mak..” – Kehilangan ibu, doktor ini luah perasaan di Twitter

Di sebalik kerjaya sebagai seorang doktor yang dipandang tinggi, menarik, serta gah, namun mereka perlu membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya kerana perlu memberikan sepenuh komitmen kepada pesakit.

Baru-baru ini telah tular bebenang di Twitter, seorang doktor yang dikenali sebagai@iamwxnsrm telah berkongsi kisahnya yang tidak sempat melawat ibunya yang sedang sakit, kerana perlu bertugas di hospital pada hari ibunya dikhabarkan meninggal dunia.

Kisah ini telah menerima perhatian netizen yang bersimpati dengan nasib doktor tersebut. Ikuti bebenang ini.

Jangan jadi macam aku..

Hari tu aku oncall di hospital..

Mak call, tapi aku tak angkat..

Mak beritahu kat Hospital KB, tapi aku WhatsApp kawan doc untuk tengokkan mak..

Belum sempat nak balik, dan dapat panggilan mak dah tiada..

Mak, saya rindu mak..

Di laman Twitter, doktor ini ada memuat naik beberapa Tweet sebelum ini yang menyatakan kerinduan kepada allhyarham ibunya.

Netizen juga ada yang meninggalkan Tweet menyifatkan kerja boleh dicari, tetapi ibu seorang sukar dicari ganti. Hargailah ibu selagi ibu masih ada, dan diharap ramai yang dapat mengambil pengajaran kepada kisah ini.

Kadang kerinduan yang paling perit adalah bila kita rindukan orang yang telah tiada. Al-Fatihah…

Puan Hasmah, anak mak rindu mak..

Sumber : Twitter @iamwxnsrm