Tak tahan tengok suami disekolahkan netizen, Datin Shahida haramkan suami pergi GV minggu hadapan

Hari ini, nama Aliff Syukri tidak henti-henti meniti di bibir rakyat Malaysia gara-gara aksinya yang agak kurang menyenangkan semua pihak pada malam konsert Gegar Vaganza musim ke-5.

Malam tadi, Dato’ Aliff dilihat bermulut ‘lancang’ apabila menghina warna kulit penyanyi India, Santesh dan juga wajah salah seorang penonton pada konsert tersebut.

Tidak tahan melihat dan mendengar suaminya dikecam, beberapa jam yang lalu, Datin Shahida memuat naik satu foto di laman Instagramnya dan memberikan kata-kata amaran terhadap suaminya.

Tak semua orang faham cara you!

I dah cakap dengan you tak perlu keluar TV sebab tak semua faham cara you cakap sebab you suka terlepas cakap @aliffsyukriterlajaklaris .

Tak pasal-pasal banyak betul orang yang sekolahkan you hari ni, antaranya Dato, Dr, Chef, artis semua adalah.  Yang kenal tahu lah, yang tak kenal mcacam-macam ayat dorang keluar, semua perkataan maki hamun dah keluar sampai dorang pun tak tahu dah nak maki apa.

Minggu depan, jangan pergi GV lagi!

Minggu depan @aliffsyukriterlajaklaris jangan pergi GV lagi! Kalau you pergi anggap je you cari gaduh dgn I. So lepas ni minggu depan you tak perlu pergi Gegar Vaganza lagi, duduk rumah je lagi bagus.

Tak perlu keluar TV nak promote, kita dah niaga lama

Tak perlu keluar TV pun nak promote, kita dah niaga lama. Insya-Allah dah banyak pengguna setia.

Kutuk-kutuk pun, ramai jugak yang mintak sponsor, sumbangan!

Bila time kita, semua pun jadi isu. Tapi yang dorang dok bahan-bahankan kita selama ni dalam media sosial, takde pulak orang nak pertahankan?

Sikit-sikit kaya tapi bodoh, money can’t buy class la. Kita bukan niaga cari duit nak beli class, kalau nak bagi keluarga senang pun dah bahagia. Mengutuk-mengutuk juga, tapi semua pun sibuk cari minta sponsor la, sumbangan la.

Tidak kurang pula, ramai pengikut Datin Shahida yang memberi sokongan dan berharap agar dato’ Aliff mengambil iktibar terhadap apa yang telah terjadi.