5 Artis Popular Malaysia Yang Mengamalkan Poligami Dan Bahagia

Ketika ini hangat dengan kisah Adira telah pun mengakui menjadi isteri kedua.

Poligami. Ada antara wanita yang tidak boleh menerima hakikat hidup berpoligami ini. Berkongsi suami dengan orang lain adalah sesuatu yangpantang baginya. Namun ada juga wanita yang boleh menerima konsep hidup bermadu.

Di sini disenaraikan enam artis yang telah mengamalkan poligami dan bahagia.

1) Salih Yaacob

5 Artis Popular Malaysia Yang Mengamalkan Poligami Dan Bahagia

Pada awalnya Salih memiliki empat isteri iaitu Norlizah Mamat Norraha Hamat, Norfara Wahida Sulaiman, dan Samihah Sheikh Amy (Emi) dan telah menimang cahaya mata ke 13 hasil perkahwinan dengan isteri keempatnya, Samihah.

Bagaimanapun sekitar tahun 2016, Salih telah bercerai dengan isteri kedua beliau Norraha Hamat selepas 23 tahun hidup bersama.

“Nak kata jangan, bukan hak kita kerana ini milik Allah sebenarnya. Kita diberikan amanah saja kerana perkahwinan satu amanah.

“ Kalau Allah izinkan benda yang baik, Dia sendiri akan buka benda yang lebih baik” kata Salih

2) Ashraf Muslim

5 Artis Popular Malaysia Yang Mengamalkan Poligami Dan Bahagia

Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Dayana, seorang siswazah bidang perubatan pada 30 Ogos 2011 di Mekah. Bersama isteri pertama, Ashraf baru sahaja menimang cahaya mata.

Selepas itu, pelakon filem Aku Masih Dara ini mencetuskan kontroversi apabila mengahwini Wan Sakinah Ahmad Saburi, sebagai isteri keduanya di Thailand pada 7 Julai 2013. Bersama Sakinah, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

3) Adira

5 Artis Popular Malaysia Yang Mengamalkan Poligami Dan Bahagia

Jujur berkongsi rasa, kata Adira dia sendiri tidak menyangka bulan terakhir tahun 2015 telah menjadi saksi perubahan status diri, daripada solo kepada isteri orang. Apa yang berlaku juga terlalu pantas buat dirinya, malah tidak sempat untuk dia sendiri berkongsi kisah gembira ini dengan semua memandangkan masih dalam fasa ‘tidak percaya’.

Membawa gelaran isteri kedua bagi Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 24, ini tidak perlu dipertikaikan pihak luar memandangkan keluarganya dan keluarga barunya juga sudah menerima dia seadanya.

Berkongsi serba sedikit mengenai suaminya, Datuk Seri Adnan Abu, 37, Adira hanya mengetahui kewujudan lelaki itu melalui salah seorang kakak kandungnya. Sikap jujur yang dibawa lelaki itu menyebabkan dia terbuka hati untuk menerima lamaran, meskipun terpaksa menjadi isteri kedua dan berpoligami.

4) Zarina Zainuddin

5 Artis Popular Malaysia Yang Mengamalkan Poligami Dan Bahagia

Zarina Zainuddin telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar dan bergelar isteri kedua ketika usianya baharu mencecah 22 tahun dan sehingga kini telah dikurniakan empat orang anak.

Setelah sekian lama berahsia akhirnya Zarina telah memperkenalkan madunya iaitu Datin Seri Noorhashimah Mohd. Noor.

Hasil perkahwinan dengan Datuk Raihan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22 , Muhammad Naim Azraidan, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.

5) Salima AF

5 Artis Popular Malaysia Yang Mengamalkan Poligami Dan Bahagia

Salima telah pun selamat bergelar isteri kepada seorang pendakwah terkenal iaitu Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre. Salima merupakan isteri kedua buat ustaz yang telah mempunyai tiga cahaya mata bersama isteri pertamanya ketika itu.

Salima bernikah pada 30 November 2013 di kampung halamannya, Ipoh, Perak. Sehingga kini mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Bade (Pengarah Drama/Filem)

5 Artis Popular Malaysia Yang Mengamalkan Poligami Dan Bahagia

Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, dan Erma atau Farimah Rahmad, bernikah pada 30 November 1990. Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan,  Ahmad Arir, Ahmad Aifin, Citra, dan Nurain.

Pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang. Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki bernama Jihad.

Bagaimanapun jodoh Erma dan Bade tidak panjang apabila setelah 26 tahun mendirikan rumah tangga pengarah terkenal Bade Azmi melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya itu kira-kira pukul 11.35 pagi, Khamis 2017