SangIsteri Pergi Selamanya Sehari Selepas Pemergian SangSuami Di Mekah

Sesungguhnya perkara yang paling dekat dengan kita adalah kmatian. Tiada siapa dapat menjangkakan bila dan bagaimana kita akan pergi menghadap Ilahi. Seperti kisah yang dikongsi ini, pasangan suami isteri meningggal dunia ketika mahu berangkat pulang selesai menunaikan ibadah di Tanah Suci.

Sudah ditakdirkan, sehari selepas pemergian suami si isteri turut dijemput Allah mengiringi arwah suami tercinta.

Suami isteri meningggal dunia di Mekah

SangIsteri Pergi Selamanya Sehari Selepas Pemergian SangSuami Di Mekah

Bercinta Hingga Ke Syurga : Keduanya Pergi di Bumi Makkah

“Makluman kepada semua, Isteri kepada Kepada jemaah yang dimaklumkan meningggal baru-baru ini, telah meningggal dunia di Jeddah”, tertera mesej ini didalam group whatsapp Pembimbing Umrah Az Zuha.

Si suami meningggal dunia di Mekah 24 jam sebelum berangkat pulang ke tanah air. sehari sebelum si isteri. Jenazah suami beliau diuruskan oleh petugas Az Zuha Travel and Tours hingga selesai ditanam, manakala beliau pulang sedikit lewat daripada jadual asal berbanding jemaah lain.

Ketika mahu berangkat pulang semasa pemeriksaan di lapangan terbang, didapati suhu badannya terlalu tinggi. Maka pada ketika itu, beliau tidak dibenarkan pulang dan dimasukkan ke wad dihospital Jeddah. Berkemungkinan ditahan 2 hingga 3 hari. Beberapa jam selepas ditahan wad, giliran si isteri dijemput “bertemu” Allah mengiringi pemergian suaminya sehari sebelum itu.

Mereka pergi dalam keadaan anak-anak dan ahli keluarga menanti kepulangan mereka ke Malaysia. Paling bongsu belajar di darjah dua.

Kisah ini seperti sebuah drama. Tetapi ianya adalah kisah benar.

Dari raut wajah, kelihatan masih muda kedua-duanya yang berasal dari Negeri Melaka, Bandar Raya bersejarah ini. Itulah hakikat kmatian, tidak mengira umur.

Bagi sesetengah orang, kmatian itu adalah suatu yang menakutkan. Takut azab sakaratul maut, takutkan azab siksaan kubur serta takut dan sedih meningggalkan harta dan anak-anak.

Manakala bagi sesetengah orang, kmatian itu adalah kemuncak kepada kebahagiaan. Kerana hanya melalui jalan mati sahaja mereka boleh bertemu dengan Baginda Nabi SAW dan bertemu Allah SWT dialam akhirat.

Orang yang tidak takut mati disebabkan mereka tahu ke mana halatuju mereka selepas kmatian. Visi dan misi mereka jelas.

Saidina Bilal Bin Rabah seperti dinukilkan di dalam buku Tasawuf Moden Buya Hamka, disaat kmatiannya beliau berkata, “Alangkah gembiranya”.

Lalu isterinya bertanya, “Wahai suamiku, mengapa disaat sakaratul maut engkau berkata gembira. Padahal dari tadi saya berkata ‘Aduh dukacitanya hatiku!’”.

Bilal menjawab, “Tidakkah gembira hatiku, bila aku ingat bahawa aku akan meningggalkan dunia yang fana, kembali ke alam baka untuk menemui Rasulullah SAW yang ku cintai”.

Saidina Bilal gembira akan kmatian kerana beliau tahu akan hal yang akan ditemuinya selepas kmatian.

Semoga Allah mengampuni kedua-dua pasangan ini. Semoga dosa mereka diampuni oleh Allah dan diganjarkan dengan ganjaran sebaiknya.

Semoga Allah kurniakan kesabaran kepada anak-anak dan ahli keluarga mereka.

“Ya Allah kurniakanlah kmatian yang baik kepada kami”.

Faisal Mustaffa

Penyebar Inspirasi Hidup

Jemaah pilihan Allah SWT
SangIsteri Pergi Selamanya Sehari Selepas Pemergian SangSuami Di Mekah

Jemaah pilihan allah swt.. Jemaah azzuha yg saya iringi di jemput allah swt.. Di hari keberangkatan pulang kami suaminya d jemput allah tak kala kami berada di airport untuk terbang pulang… Di temani isteri urusan pengebumian suami… Selesai urusan pengebumian suami… Keesokannya.. Ketua pengawai operasi azzuha menguruskan kepulangan si isteri pulang.. Sesudah sampai di airport,kesihatannya jgk di dapati tidak stabil maka di bawak pulang ke hospital jeddah.. Dan si isteri jugak di jemput allah swt mengiringi arwah suaminya sehari slps kmatian suaminya… Allahuakbar… Innalillahiwainnailaihirajiunnn

Gambar bawah depan sekali… Suami dan isteri yg bertuah.. Bersabarlah kelurganya.. Moga mereka di kalangan hamba allah yg terpilih

Sumber : Faisal Mustaffa , Mohamad Adzim Basri