Terkini 10 Foto Terkini Harshali MaIhotra, Pelakon Cilik Bajrangi Bhaijaan Yang Cantik!

Pelakon cilik, Harshaali Malhotra mula dikenali dalam bidang lakonan apabila terpilih untuk membawa watak seorang kanak-kanak perempuan yang tidak pandai bercakap iaitu Shahida atau Munni di dalam filem Bollywood, Bajrangi Bhaijaan.

Dalam filem Bajrangi Bhaijaan, pengkritik filem menyifatkan Harshaali sebagai ‘watak utama’ dek lakonannya yang ‘terlalu berkesan’ dan ‘menyamai bakat bintang Bollywood terkenal seperti Salman Khan dan Kareena Kapor.

Bajrangi Bhaijaan merupakan ‘debut’ Harshaali ke pentas layar besar walaupun sebelum ini pernah berlakon dalam drama Qubool Hai, Laut Aao Trisha dan Jodha Akbar.

Salman Khan sendiri mengakui Harshaali ‘membawa tenaga yang menakjubkan’ ketika penggambaran filem Bajrangi Bhaijaan bersama si comel ini.

“Saya betul-betul suka setiap saat yang saya habiskan bekerja dengan Harshaali,” kata Salman Khan.

Dalam filem Bajrangi Bhaijaan, Salman Khan membawa watak lelaki berhati mulia yang cuba menghantar kembali watak Harshaali, seorang kanak-kanak Pakistan untuk keluar dari India.

“Harshaali sangat cantik dan unik. Apa yang beliau lakukan di layar dan belakang layar adalah menakjubkan dan memukau. Saya pasti Harshaali juga adalah kanak-kanak paling cantik dan menawan saya pernah temui,” tambah Salman lagi.

Sebelum Harshaali diterima berlakon dalam filem berkenaan, tenaga produksi mengadakan sesi casting terhadap lebih 5,000 calon. Rezeki Harshaali yang kini berusia 8 tahun juga melimpah ruah selepas pembabitannya dalam Bajrangi dan kini sudah muncul dalam berpuluh-puluh iklan, mendapat tajaan dan menjadi duta pelbagai produk.

Harshaali dilahirkan pada 3 Jun 2008 di Mumbai, India dan selain menjadi pelakon, dia juga merupakan model kanak-kanak. Antara drama lakonannya ada Qubool Hai dan Laut Aao Trisha.

Berikut merupakan fakta menarik mengenai si cantik ini:

1.Merupakan seorang yang pintar.

2.Terpilih antara 5000 peserta ujibakat untuk filem Bajrangi Bhaijaan.

3.Gemar bermain dengan anak patung.

4.Sangat manja dengan Kareena Kapoor.

5.Bercita-cita menjadi seorang ‘superstar’.

Kini setelah dua tahun berlalu semenjak filem Bajrangi Bhaijaan ditayangkan, Harshaali semakin aktif dalam bidang lakonan dan kini sudah pun menginjak ke usia 9 tahun.

Video: