Padu Beb, Takde Lagi Kat Malaysia Suara Camni. Netizen Melting Dengan Nyanyian Pasya Mentor 7

Program realiti nyanyian TV3, Mentor kini kembali untuk musim ketujuh! Mentor 7 memperkenalkan barisan tenaga pembimbing baharu yang luar biasa, hebat dan versatil iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Aizat Amdan, Hafiz Suip dan Siti Nordiana. Para mentor ini akan memastikan protégé di bawah sayap mereka bersedia menjelang konsert mingguan.

Sila skrol ke bawah untuk lihat video

Mula bersiaran pada setiap Ahad, 28 Oktober 2018 selama dua jam bermula 9.00 malam sehingga 11.00 malam, Mentor 7 pastinya menggegarkan industri hiburan tanah air dengan aura yang dibawa oleh pendatang-pendatang baharu ini.

Ditambah pula dengan kebijaksanaan mentor masing-masing dalam mengolah bakat-bakat yang dahagakan kemenangan mutlak. 12 bakal protege telah dipilih bagi menyertai Mentor 7 sepanjang sesi uji bakat yang berlangsung September lalu.

Sesi uji bakat yang diadakan secara berasingan selama empat minggu bermula di Sabah pada Ogos, diikuti Datuk Syafinaz pada 8-9 September, Aizat Amdan pada 15-16 September, manakala Hafiz Suip pada minggu seterusnya dan terakhir, Siti Nordiana.

Masing-masing telah bersiap siaga dengan senjata rahsia mereka! Ingin tahu bagaimana pemilihan bakal protégé ini? Saksikan episod pertama Mentor 7! Episod ini akan menyiarkan sedutan sepanjang tempoh uji bakat berlangsung.

Suka dan duka peserta yang hadir seawal jam 9.00 pagi, kisah di sebalik tabir Mentor 7 dan reaksi para mentor dalam membuat pilihan.Konsert mingguan Mentor 7 bermula pada episod kedua iaitu pada 4 November 2018 dan dihangatkan dengan pemilihan protégé oleh mentor masing-masing.

Dua protégé akan dipilih oleh setiap mentor dalam konsert minggu pertama (episod ke-2) dan kedua (episod ke-3) sejurus menyingkirkan seorang peserta yang gagal mendapat tempat bersama mentor masing-masing menjadikan jumlah protégé seramai lapan orang.

Mentor 7 akan diterajui oleh dua nama hebat dalam bidang pengacaraan, Nana Mahazan dan Shuk Sahar diiringi Sarancak di belakang tabir. Ketiga-tiga susuk berkaliber ini akan memastikan perjalanan konsert saban minggu lancar dan menghiburkan.

Sementara itu tidak lengkap berbicara pasal Mentor 7 jika tidak menyebut tentang seorang peserta yang telah mencuri tumpuan dek kerana suaranya yang padu, iaitu Pasya. Beliau merupakan anak didik kepada Aizat Amdan dan ternyata Aizat telah memilih peserta yang tepat.

Pada minggu pertama, netizen seakan terpukau dengan nyanyian dan suara Pasya yang serak basah seakan suara Judika. Malah netizen turut bercakap hal sama, ramai yang bersetuju suara Pasya sama macam Judika atau Cakra Khan. Jom layan video di bawah.

Jom lihat video di bawah

Jom baca apa komen netizen di bawah

couch_zaki Sedap gila bakal penganti cakra Khan”; “dirda_hunney1412 Emmm.. mcm suara judika”

” et_mandohooo kacak juak sora nya” ; ” isma7031 Suara power n ada pakej”; ” fairrymond Macam judika la”

” linamajid31 Aduhh cairrr….x sabar nk tgu next punye performent”; ” ezzahejah@nanazihah_ jht ngt suara ye”

” ainjasmine80 gilerr ..powerr betul dy punya voice.superbb”; ” zurafizza Voice terbaik sdp telinga dgr..xda lg kat malysia voice cmni.hope bintang bersinar..pelapis penynyi msa akn dtg..

” mariamjamil_Suara mcm @aepul.roza”; ” firdaus.4652 Sedap suara dia”; ” khairul_affan macam judika suara dia”

” ramlahithnin pasya mmg best since uji bakat lagi..rugi klu aizat x ambil…nasib aizat bijak tak rugi pilih dia ni

” sweeygirlz Sdpnye voice u.. terpana sy.. haish”

Jom layan lagi suara Pasya!