Tengah nak pakai helmet, rasa macam ada benda gerak – gerak

Benar kata orang, malang sememangnya tidak berbau. Namun hanya golongan tertentu sahaja yang dapat merasakan nikmat syukur apabila telah selamat daripada perkara yang boleh membahayakannya.

Baru-baru ini, tular di laman Twitter apabila seorang lelaki dilihat telah berkongsikan detik-detik cemas yang dialami oleh rakannya yang hampir sahaja disengat oleh seekor lipan yang menyorok di dalam topi keledar.

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Alif Aizat tersebut, rakannya dikatakan telah pun memakai topi keledar tersebut untuk pergi ke suatu tempat. Namun, tidak lama kemudian, dia berasa tidak selesa kerana merasakan terdapat sesuatu yang bergerak-gerak dalam topi tersebut.

Semakin tidak selesa dan terganggu, rakannya tersebut memutuskan untuk memberhentikan motosikal lalu membuka topi tersebut.

Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati terdapat seekor lipan bara yang agak besar pada celahan lapisan dalam topi keledar tersebut.

Dia kemudiannya telah mengambil screw driver yang terdapat pada bahagian dalam motosikal berkenaan. Dengan izin Allah, akhirnya serangga berbisa tersebut telah berjaya dikeluarkan.

Rata-rata, ramai pengguna Twitter yang meluahkan rasa gerun terhadap kejadian tersebut dan terdapat juga antara mereka yang berasa fobia untuk memakai topi keledar pada masa akan datang.

Tengah nak pakai helmet, rasa macam ada benda gerak - gerak

Aliff juga mengakui rakannya begitu bersyukur kerana lipan tersebut belum sempat menyengatnya dan selepas ini akan lebih berhati-hati agar perkara yang sama tidak akan berlaku lagi.

Sumber : Twitter Aliff Aizat

Video :