“Kalau pergi hospital tu mohon jujur kalau staf tanya soalan, jangan reka cerita dan jangan menipu,” – Doktor muda

Pernah je jadi macam ni

1) Kat wad medical dulu, pesakit datang batuk-batuk. Dah lama batuk 3-4 bulan dah. Pesakit nampak sangat tak bermaya tak boleh bagi history. Bila tanya family member, diorg cakap tak pernah kena TB. Bila dah habis ambik darah semua and ambik vital sign.

Tengok buku tca ada Akurit-4, pyridoxine bagai. And then tanya balik kenapa ada ubat-ubat tu. Then baru family cakap patient memang ada TB tapi diorg rahsiakan sebab kesian nampak pesakit mcm dipulaukan org ramai kalau tau dia ada TB.

At that time bergegas masing-masing cari mask, terus tolak katil masuk isolation room. Seriously it’s aint about dipulaukan or what, tapi it could harm other people okay.

“Kalau pergi hospital tu mohon jujur kalau staf tanya soalan, jangan reka cerita dan jangan menipu,” – Doktor muda

2) Kadang-kadang pesakit datang kecemasan memang adrenaline rush kita masuk branula tak sempat pakai glove. Ada sorang pesakit ni, vein dia timbul je tapi semua dah keras. Mula-mula tanya kata x pernah inject drug. Bila pelik kenapa cucuk darah tak dapat-dapat, pesakit tu tunjuk sendiri “doktor kat highway ni bole guna kot”.

Pelik mcm mana dia tau which vessel yang ok lg. Bila ditanya balik, memang dia menagih since teenager, selalu share2 jarum dengan kawan and unsure status of HIV. Kau rasa emo tak? Buatnya kena needle prick mati aku nak menjawab dengan infection control kak Remmyosnila Abdullah kenapa tak pakai glove masuk branula.

3) Kat medical ward dulu ada satu pesakit lelaki muda, anemia, receive frequent blood transfusion. And then newly diagnosed ada HIV. Ok terus otak fikir mesti source dari blood transfusion. Sekali bila ditanya, patient kerap melakukan hubungan sejenis malah bertukar-tukar pasangan. And recently baru balik dari Thailand attend wild party kat sana. Seriously the culprit is not the blood transfusion but the culprit is himself.

4) Parent yg tak vaksin anak ni kadang-kadang takut nak datang hospital sebab takut doktor marah. So bila terpaksa, diorang akan cakap dah vaksin. Skali check dgn nurse home visit kat klinik kesihatan, memang tak pernah vaksin. Why tipu?

5) Lagi pesakit lelaki muda , dengue fever day 4, hematocrit 50. Bibir hitam, bila ditanya merokok ke tak, dia cakap merokok sikit-sikit jer 2-3 batang jer sehari. Tu pun dah lama tak hisap, dah stop dah katanya. Then member dia kt sebelah senyum sinis and tolong kantoikan.

“Haha doktor jangan percaya kat dia ni. Hisap rokok kuat ni. Nak dekat 2 kotak sehari. Tadi pun sementara tunggu giliran kat luar dia hisap jugak”. Then pesakit tu sengih-sengih mcm kerang busuk menampakkan giginya yang kuning. Kau tau tak merokok tu buat penyakit denggi kau bertambah bahaya?

6 ) Remaja perempuan datang sakit perut. Sekali pregnancy test positive and scan dah nampak bentuk baby sikit-sikit. Tapi dia cakap dia tak pernah tidur dengan lelaki. So dalam perut tu apa? Annabelle?

Eh panjangnya aku tulis. Korang bukan baca pun. Kesimpulannya tolong la jujur kalau staf kesihatan tanya sebab different answer leads to different diagnosis. And different diagnosis leads to different treatment. Thank You.

P/s : tu belum lagi dengan patient keep changing history. Depan aku cakap lain, dengan mo / specialist cakap lain. Huh!

Sumber FB : Khairi Malil