10 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

“Budak-budak ni asal sambut harijadi dekat sekolah, masing-masing bawa balik seplastik jajan. Manalah tak rosak gigi. Tak lama lagi hari jadi abang Harraz pulak. Kalau boleh aku nak buat goodies versi sihatlah. Ada idea tak?”

Mesti ramai ibu-ibu dah lalui dilema begini bila cuba galakkan anak-anak eat healthykan? Walaupun kita dah kawal anak-anak daripada makan makanan rapu pada hari-hari biasa, kadang-kadang susah nak elak bila makanan sebegini disediakan di parti hari jadi anak-anak.

Gula-gula, coklat, dan snek selalunya didatangkan dengan packaging yang sangat menarik dan berwarna-warni. Sebab itulah ia selalu menjadi hiasan dan juga ‘pelengkap’ yang menceriakan pelbagai majlis.

Sebenarnya makanan sihat juga boleh diolah menjadi lebih menarik. Jom kita tengok beberapa idea snek dan goodies yang boleh ibu ayah sediakan sendiri bagi harijadi anak-anak nanti.

10 IDEA SNEK & ‘GOODIES’ BEBAS JAJAN UNTUK KANAK-KANAK. COMEL & KREATIF!

1. TELUR REBUS

Telur ni mungkin kita hanya selalu dapat masa kenduri kahwin zaman mak-mak kita dulu. Tapi tak bermakna ia dah ketinggalan zaman!

Kita semua sedia maklum khasiat telur rebus yang amat baik untuk anak-anak. Ia kaya dengan protein berkualiti tinggi, Vitamin D, potassium, potassium, zat besi, folik dan macam-macam lagi yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh.

10 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

Untuk nampak comel, anda boleh gubahkan telur rebus dengan pen marker untuk melukis muka comel dan gunakan kertas berwarna-warni untuk menceriakan lagi warnanya. Mudah kan?

10 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

10 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

2. PISANG

Antara banyak-banyak buah, buah pisang memang favourite anak-anak. Bukan saja rasanya sedap, tapi ia mengandungi pelbagai kebaikan semulajadi termasuklah Vitamin C, Vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, magnesium dan sebagainya.

Untuk menjadikan pisang lebih menarik untuk anak-anak, ibu ayah boleh hiaskan pisang seperti di bawah. Lukiskan mata dan mulutnya atau gunakan googly eyes. Lepas tu tambahkan saja topi, tentu lebih ceria!

10 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

Bagi yang rajin, boleh pakaikan ‘baju’ pada pisang tu. Contohnya macam tema minion ni. Anda boleh dapatkan free printable untuk pakaiannya di blog

Party Delights ini.

10 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

3. BUTTERFLY SNACK BAG

Bagi biskut atau buah-buahan kecil seperti anggur, anda boleh isikan dalam butterfly snack bag yang comel dan mudah ini.

Cuma perlu penyepit baju, ziplock bag, googly eyes, pipe cleaner atau kertas warna sebagai sesungutnya. Lepas tu boleh isikan apa-apa saja snek sihat di dalamnya seperti kismis, kekacang, atau buah-buahan kering yang lain.

10 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

4. SATE BUAH-BUAHAN

Daripada candy dan coklat, macam-macam buah-buahan potong boleh dihidangkan kalau anda bercadang nak buat parti hari jadi anak di rumah.

Gunakan cookie cutter untuk mendapatkan bentuk-bentuk menarik atau potong seperti biasa. Warna semulajadi pada pelbagai jenis buah-buahan dah cukup menyerlah dan menyelerakan!

10 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

5. EPAL NINJA TURTLE

Bagi peminat siri kartun Teenage Mutant Ninja Turtle, bolehlah gunakan idea ini untuk menghias epal hijau sebagai goodies untuk dibawa pulang. Donatello, Raphael, Michaelangelo, dan Leonardo semua ada.

Memang mudah, sihat dan berkhasiat sangat!

10 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

6. AIR KOTAK / AIR MINERAL

Bagi minuman pula, macam-macam idea boleh anda olahkan pada air mineral, susu UHT, susu segar atau jus buah-buahan.

Lagi bagus kalau pilih jus buah yang tanpa gula atau kurang manis.

10 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

10 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

10 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

7. KEK

Tanpa kek rasa macam kurang berseri pula majlis kan? Tapi selalunya kek memang manis dan tinggi gula. Lebih-lebih lagi yang padat dengan coklat dan krim. Bagi yang bercadang nak buat kek versi sihat, boleh cuba beberapa idea seperti di bawah.

i) kek buah

‘Kek’ ini diperbuat daripada buah tembikai sebenar dan dihias pula lagi dengan beberapa buah-buahan lain. Wah, gerenti sihat ni!

10 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

ii) kek carrot tanpa gula

Resepi kek ini pernah kami kongsikan dulu dengan pembaca kami. Kek ini hanya menggunakan kurma, carrot dan madu sebagai pemanis semulajadi. Memang sedap dan sesuai untuk anak-anak!

Kalau nak tengok resepi penuh, klik SINI.

10 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

8. PULUT

Sebagai alternatif kepada kek, boleh juga buat pulut kuning yang dihias cantik. Gubahlah ikut suka hati bagi ceria.

Makan dengan kari sedap ni!

10 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

Siap boleh buat bentuk Ultraman lagi.*+

Rasanya dah makin ramai yang ambil tempahan pulut berhias begini. Kalau kreatif boleh buat sendiri. Cute!

10 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

9. AISKRIM

Yang nak buat penyejuk tekak, boleh cuba buat aiskrim versi sihat menggunakan susu segar perasa kurma atau buah-buahan lain. Mesti anak-anak suka!

10 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

Selain itu, boleh juga buat aiskrim jenis popsicle atau aiskrim Malaysia menggunakan buah-buahan segar. Sedapnya!

10 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

10. NUGGET / SOSEJ HOMEMADE

Kanak-kanak memang sukakan goreng-gorengan seperti sosej dan nugget. Beli terus dari pasar raya memang mudah, tapi sebenarnya ia mudah untuk dibuat dan anda pasti lebih puas hati dengan hasilnya. Taklah risau kalau anak makan banyak kan?

Paling best tu, kita boleh selitkan sekali sayur atau olah menggunakan nasi. Sesuailah sangatlah kalau anak jenis susah nak makan nasi dan sayur tu!

Beberapa resepi goreng-gorengan menarik di bawah:

i) Nugget ayam tempura homemade

10 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

ii) Chicken rice ball

10 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

iii) Chewy cheese spinach

10 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

iv) Sosej homemade

10 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

YANG PENTING, BEBAS JAJAN!

Wah, macam-macam boleh buat untuk hidangan hari jadi anak atau parti kelas nanti. Cuma kalau nak makanan sihat, kenalah rajin sikit mendeko supaya anak-anak mudah tertarik.

Walaupun ambil masa sedikit, kita tentu seronok bila tengok anak-anak makan makanan sihat yang dah disediakan. Majlis pun tetap ceria walaupun tanpa jajan.

Semoga bermanfaat!