Terpegun Datuk Siti Nurhaliza Tengok Gadis India Ini Menyanyi, Sungguh Sedap!

Setiap kali beliau membuka mulut untuk menyampaikan lagunya, pasti ramai yang akan tertunggu-tunggu untuk mendengar suara penyanyi tersohor negara ini. Meskipun bakal mencecah usia 40 tahun pada 2019 nanti, Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap berada dalam kelasnya yang tersendiri dan beliau juga sudi mendidik bakat baru dalam industri seni tempatan.

Baru-baru ini, Datuk Siti Nurhaliza telah terjumpa satu bakat nyanyian yang agak istimewa dan muda. Seorang gadis India dan merupakan peminat setia beliau telah menyanyikan lagu Nirmala ketika bertemu dengan artis pujaannya itu. Lebih menarik lagi, nyanyian tersebut adalah sangat spontan dan khas buat Datuk Siti Nurhaliza.

VIDEO:

Walaupun jelas kelihatan dia sangat gugup kerana ikon tersebut berada di depan mata, tapi gadis ini berjaya menyanyi dengan sangat baik. Datuk Siti juga memberikan tepukan dan tersenyum lebar mendengarkan nyanyian merdu itu.

Rupa-rupanya gadis tersebut adalah kakak kepada Kashika Ceria Popstar, iaitu Hashmitha Selvam. Wajah mereka berdua memang saling tak tumpah, dan suara mereka juga sama mantap.

Kashika sendiri turut berada di lokasi tersebut dan sempat bergambar dengan penyanyi nombor 1 di Malaysia itu.

Rata-rata netizen berpendapat yang suara Hashmitha sangat merdu. Malah, ada juga yang menyatakan sama macam suara Datuk Siti sendiri.