Wanita Diejek Teruk Selepas Memuatnaik Gambar Edit Melancong Yang Gagal. Namun Apa Yang Berlaku Kemudiannya Buatkan Semua Tergamam

Impian seorang wanita Kenya untuk melawat China telah membuatkannya sensasi di internet selepas gambar photoshopnya yang gagal itu menjadi tular di media sosial.

Seve Gat telah menyunting gambarnya di beberapa gambar percutian orang lain ke negara itu tetapi hasilnya sungguh teruk menyebabkan dia mendapat maklum balas yang negatif daripada netizen. Namun siapa sangka, kegagalannya itu telah merealisasikan impiannya untuk melawat negara itu secara percuma!

Disebabkan Seve tidak mampu menyediakan perbelanjaan untuk percutian ke China, lalu dia menyunting gambar dirinya ke dalam gambar percutian orang lain dan kemudian memuat naik gambar tersebut di Facebook.

Melalui gambar-gambar itu, kelihatan dia seolah-olah melawat ke China dengan bergambar di hadapan kapal terbang Kenya Airways, di hadapan tembok besar China dan banyak tempat lain lagi.

Seve menyunting gambarnya di hadapan kapal terbang Kenya Airways sebagai tanda meninggalkan negaranya untuk penerbangan ke China

Wanita Diejek Teruk Selepas Memuatnaik Gambar Edit Melancong Yang Gagal. Namun Apa Yang Berlaku Kemudiannya Buatkan Semua Tergamam

Seve menyunting gambarnya di tembok besar China sebagai salah satu destinasi pelancongannya

Wanita Diejek Teruk Selepas Memuatnaik Gambar Edit Melancong Yang Gagal. Namun Apa Yang Berlaku Kemudiannya Buatkan Semua Tergamam

Gambar photoshop yang tidak menjadi ini telah menyebabkan Seve dapat bercuti ke negara impiannya secara percuma

Wanita Diejek Teruk Selepas Memuatnaik Gambar Edit Melancong Yang Gagal. Namun Apa Yang Berlaku Kemudiannya Buatkan Semua Tergamam

Menyunting gambar dirinya dalam kumpulan pelancong ini membuatkannya seolah-olah berada di dalam kumpulan tersebut

Wanita Diejek Teruk Selepas Memuatnaik Gambar Edit Melancong Yang Gagal. Namun Apa Yang Berlaku Kemudiannya Buatkan Semua Tergamam

Seve juga menyunting gambarnya seolah-olah dia diangkat oleh bintang Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan

Wanita Diejek Teruk Selepas Memuatnaik Gambar Edit Melancong Yang Gagal. Namun Apa Yang Berlaku Kemudiannya Buatkan Semua Tergamam

Tiada kemahiran pada gambar suntingannya dalam Majlis Perkahwinan Diraja Putera William dan Kate Middleton agak menonjol membuatkan ramai netizen mengejeknya di media sosial

Wanita Diejek Teruk Selepas Memuatnaik Gambar Edit Melancong Yang Gagal. Namun Apa Yang Berlaku Kemudiannya Buatkan Semua Tergamam

Mungkin Seve perlu mengubahsuai pakaian yang dipakainya supaya gambar suntingan dalam kumpulan adiwira ini lebih menarik

Wanita Diejek Teruk Selepas Memuatnaik Gambar Edit Melancong Yang Gagal. Namun Apa Yang Berlaku Kemudiannya Buatkan Semua Tergamam

Ramai netizen mengejeknya di media sosial disebabkan gambar suntingan percutiannya yang tidak menjadi itu.

Walau bagaimanapun, Sam Gichuru, seorang ahli perniagaan Kenya sangat tersentuh hati mendengar kisah Seve. Lalu dia pun mengambil langkah untuk membantu Seve dengan mengumpul wang dari kawan-kawannya dan akhirnya berjaya mengumpulkan wang yang cukup untuk menaja perjalanan ke China itu.

Walaupun Seve tidak mempunyai pasport lagi, tetapi dia telah memohonnya dan akan menerimanya pada musim panas nanti sebelum tiba masa perjalanan yang telah dirancang.

Seve juga mendapat latihan di khustle.com sebagai pengurus projek dan dia sangat terharu dengan layanan istimewa daripada Encik Gichuru.

Wanita Diejek Teruk Selepas Memuatnaik Gambar Edit Melancong Yang Gagal. Namun Apa Yang Berlaku Kemudiannya Buatkan Semua Tergamam

Seve bertemu Sam Gichuru untuk membincangkan percutian percumanya