Cara Mudah Untuk Asah Pisau Blender Agar Kembali Tajam Seperti Baru Beli

Blender atau mesin pengisar merupakan peralatan dapur yang penting untuk kegunaan mak-mak memasak. Baik nak kisar bawang, cili kering, halia, rempah ratus dan sebagainya semuanya menggunakan mesin pengisar ini, kerana ia lebih cepat berbanding menggunakan batu giling atau lesung batu.Tetapi penggunaan blender yang kerap akan membuatkan mata pisaunya cepat tumpul dan kisaran tidak hancur dengan sempurna.

Sebenarnya ada cara mudah dan tak perlu keluarkan kos yang mahal untuk mak-mak tajamkan kembali mata pisau blender ini. Malah tak perlu pun beli blender yang baru, iaitu hanya menggunakan garam kasar.

Cara Mudah Untuk Asah Pisau Blender Agar Kembali Tajam Seperti Baru Beli

Bahan-Bahan:

1 mangkuk garam kasar

1 biji Limau nipis

Cara Membuat:

1. Masukkan garam kasar ke dalam blender lebih kurang 1 minit dan kisar sehingga halus.

2. Setelah itu, keluarkan garam dan bersihkan blender dan mata pisaunya dengan air perahan limau nipis.

Info Ekstra:

Lakukan kaedah ini dua kali dalam sebulan. Hasilnya, pisau blender anda akan semakin tajam dan makanan yang dikisar akan cepat halus tidak seperti sebelumnya.Ini kerana garam kasar mempunyai kristal garam yang sangat keras dan boleh membuatkan pisau blender terasah secara maksimum.

Cara Mudah Untuk Asah Pisau Blender Agar Kembali Tajam Seperti Baru Beli

Tip Guna Blender Dengan Betul:

1. Asingkan jenis blender untuk kisar bahan-bahan masakan dan untuk kisar buah-buahan agar tidak berbau dan bercampur rasanya.

2.Jangan isi bekas blender terlalu penuh, hingga menyukarkan untuk bahan-bahan tersebut dikisar halus dengan sempurna.

3.Perlu tahu ada dua jenis blender yang mempunyai fungsi yang berbeza iaitu blender basah dan blender kering. Bagi blender basah, perlu dicampur dengan sedikit air bagi memudahkan bahan dikisar seperti cili kering, bawang, halia dan bagi blender kering, tidak perlu diletak air, seperti kacang tanah, lada hitam dan sebagainya.

4. Jangan menggunakan mesin pengisar terlalu lama melebihi 3 minit. Ia menyebabkan blender mudah rosak dan motornya mudah terbakar.

Semoga info ini bermanfaat & Selamat Mencuba!