Zamani Tiada Suara Buat Persembahan Di Gegar Vaganza, Buat Ramai Yang Sebak Dan Mengalirkan Air Mata !

Konsert Gegar Vaganza Minggu ke lima ini menyaksi penyanyi terkenal Zamani tidak dapat menyanyi di pentas kerana tiada suara.

Zamani ditugaskan untuk membawa lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta nyanyian asal Flybaits. Sewaktu Zamani membuka mulut untuk menyanyikan baris pertama lagu, kelihatan penyanyi itu sukar untuk mengeluarkan suaranya.

Penonton di dewan terkejut dengan situasi yang berlaku tetapi mereka turut sama membantu menyanyikan lagu itu. Zamani terdiam dan hanya merenung lantai pentas.

Juri tetap Datuk Khatijah Ibrahim dan juri jemputan, AC Mizal turut bangun dan sama-sama menyanyi untuk Zamani.

Sambil menahan sebak dan mengangkat tangan tanda maaf, penonton, juri tetap serta jemputan seterusnya membantu Zamani menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai.
Zamani Tiada Suara Buat Persembahan Di Gegar Vaganza, Buat Ramai Yang Sebak Dan Mengalirkan Air Mata !
AC Mizal memberitahu sepanjang 27 tahun kariernya di dalam industri seni, situasi inilah yang pertama kali dilihat.

“Inilah masalah yang mungkin orang tak faham mengenai penghibur. Tapi awak sangat berani. Hari ini awak sudah membuktikan betapa lagendanya anda apabila awak tak perlu nyanyi tetapi peminat dan penonton yang tolong menyanyikan untuk awak,” katanya.

Bersetuju dengan komen AC Mizal, Khatijah Ibrahim yang mesra di sapa dengan panggilan ibu Khaty turut menyampaikan kata-kata semangat kepada Zamani.

“Ini harus diteruskan kerana apa yang awak buat, mana orang pergi, tak boleh menyanyi pun orang tetap suka. Jangan risau, we love you,” katanya.

Sementara itu, Datuk Ramli MS mengakui situasi itu memberi kesukaran buatnya dan meminta Zamani untuk cuba menyanyi dengan nada rendah, namun akhirnya turut mengakui bahawa suara penyanyi tersebut telah ‘koyak’

Zamani Tiada Suara Buat Persembahan Di Gegar Vaganza, Buat Ramai Yang Sebak Dan Mengalirkan Air Mata !

Zamani kelihatan sebak dan mengalirkan air mata. Penonton di dewan juga turut sebak menonton apa yang berlaku di atas pentas.

Penaja utama Gegar Vaganza, Datuk Aliff Syukri mengutarakan pendapatnya supaya gegar vaganza tidak menyingkirkan penyanyi berbakat besar seperti Zamani.

Kita doakan supaya Zamani cepat sihat dan boleh teruskan menyanyi seperti biasa. Apa-apa pun kita tunggu akhir konsert nanti, adakah pihak Gegar Vaganza akan terus mengekalkan Zamani atau pun tidak.

Kepada semua yang berada di dewan, anda memang sporting support Zamani.