Najib Gagal Kawal Perasaan, Tak Menyesal Usir Pengacara Al Jazeera

Viral di Twitter video temu bual organisasi media antarabangsa Al Jazeera bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang gagal mengawal perasaannya ketika beberapa soalan diajukan.

Najib Gagal Kawal Perasaan, Tak Menyesal Usir Pengacara Al Jazeera

Gagal kawal perasaan

Dalam Video menunjukkan Datuk Seri Najib beberapa kali telah gagal mengekalkan sifat tenangnya bila menjawab soalan dari wartawan, Mary Ann Jolley dalam program 101 East, hari ini. Datuk Seri Najib mempertahankan dirinya sebagai tidak bersalah dalam beberapa tuduhan.

Antara soalan-soalan panas yang diajukan oleh Marry Ann ialah berkenan isui ‘berlian merah jambu’,  ‘derma RM2.6 bilion’ dan penyelewengan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib berhak tinggalkan sesi temu bual

Di Twitter netizen juga turut memberi komen bahawa Datuk Sri Najib berhak meninggalkan sahaja sesi temu bual itu kerana merasakan wartawan tersebut mempunyai niat tersendiri dengan menanyakan soalan tentang dia diusir suatu ketika dahulu. Bahkan, Najib mengakui secara terbuka bahawa beliau tak menyesal mengusir Marry Ann dari Malaysia pada 2015 kerana liputan kes pembunuhan Mongolia, Altantuya Sharibuu.

Najib Gagal Kawal Perasaan, Tak Menyesal Usir Pengacara Al Jazeera

Najib Gagal Kawal Perasaan, Tak Menyesal Usir Pengacara Al Jazeera

Menurut Astro Awani Najib mengatakan “Baguslah kami usir anda. Anda hanya menyibuk. Di negara ini kami tiada toleransi terhadap (perbuatan) mereka-reka penipuan,” katanya. Berikut merupakan temu bual Najib dan Mary Ann.

Najib: Kes pembunuhan Altantuya melalui prosiding Mahkamah Persekutuan. Saya sudah dibersihkan melalui proses perundangan sepenuhnya. Jika anda tanya Ketua Polis ketika itu, beliau akan sahkan bahawa saya tidak terlibat.

Mary Ann: Saya telah diusir dari Malaysia pada Jun 2015 ketika melakukan pengambaran berita tentang kes pembunuhan Altantuya, mengapa anda mengusir saya?

Najib: Pengusiran anda adalah perkara yang baik kerana anda menganggu. Melakukan pembohongan adalah sesuatu yang kita tidak mahu bertoleransi di Malaysia.

Mary Ann: Saya tidak membuat sebarang pembohongan, saya hanya mahu menemubual anda. Saya tidak mempunyai agenda politik di negara ini Saya cuba fahami perkara sebenar.

Najib: Ya, tetapi cara anda bertanya soalan seolah-olah saya ini terlibat dalam kes berkenaan. Saya sudah beritahu saya tidak ada kena mengena dengan kes pembunuhan Altantuya sama sekali.

Mary Ann: Hanya kerana saya menulis berita tentang kes pembunuhan Altantuya di negara ini…

Najib: Keputusan itu (pengusiran) dilakukan oleh pihak berkuasa. Mereka tidak mahu keadaan kucar-kacir di negara ini. Saya serahkan kepada mereka.

Mary Ann: Kami dapat tahu arahan itu dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, pejabat anda.

Najib: Saya tidak terlibat dalam membuat keputusan itu. Apa yang saya tahu saya tidak bersalah dalam kes Altantuya.