Telatah Pasangan Ini Bila Rapid KL ‘Kantoi’ kan Suami Tercicir Tupperware Di MRT Cuit Hati Netizen

Umumnya, di media sosial Tupperware ini dah sinonim dengan ‘harta kesayangan’ wanita. Kalau lelaki hilangkan pasti hati mereka tak keruan. Bak kata netizen, boleh tercetus perang dunia ketiga kalau anak-anak atau suami pergi hilangkan.

Ternyata jenaka tersebut telah digunapakai oleh laman Facebook Rapid KL apabila salah seorang penumpangnya tertinggal bekas makanan itu di dalam MRT.

“Tertinggal nasi dengan kari ayam, kami boleh habiskan. Tapi tertinggal Tupperware mak, memang cari pasal.”

Telatah Pasangan Ini Bila Rapid KL ‘Kantoi’ kan Suami Tercicir Tupperware Di MRT Cuit Hati Netizen

“Kepada pemilik Tupperware ini, sila datang ke MRT TTDI dengan kadar segera. Tertinggal nasi dengan kari ayam, kami boleh habiskan. Tapi tertinggal Tupperware mak, memang cari pasal.”

Mendapat perhatian netizen, disebabkan posting ini viralsampai ke pengetahuan pemilik sebenar ‘harta bernilai’ orang wanita ini. Amat mencuit hati dengan cara Aziem Cash beri respon ini, Rapid KL pun tak nak kalah!

Tupperware kite selamat sayang…Huhuhu.

Telatah Pasangan Ini Bila Rapid KL ‘Kantoi’ kan Suami Tercicir Tupperware Di MRT Cuit Hati Netizen

Umumnya, kita tahu bahawa memiliki Tupperware ni ibarat satu ‘rahmat’ besar bagi golongan  mak-mak ?  Jadi,Rapid KL cuba berjenaka bahawa kehilangan harta ini sangat bahaya. Namun Azeim perbetulkan bahawa barang itu sebenarnya milik isterinya

Cara dia reply pun dengan penuh santai dan menghiburkan, mereka sempat bergurau senda pasal isi dalam bekas makanan branded tu

 Anda berjaya menghindar sebuah krisis! – Netizen

Telatah Pasangan Ini Bila Rapid KL ‘Kantoi’ kan Suami Tercicir Tupperware Di MRT Cuit Hati Netizen

“Salam Rapid KL,

Sejujurnya sy sgt2 berterima kasih ke seluruh warga kerja rapidkl terutamanya minmin rapidkl, frontline counter receptionist kat mrt station ttdi and tidak dilupekan the kind soul who handed in the bag for collection. Tindakan ikhlas dan pantas anda sgt dihargai.

I’m happy to informed that, tupperware sy berada dlm keadaan selamat, siap dibasuh dan sy x kebuluran akibat xde mknn tgh hari td.

Terima kasih juga kepada netizens2, yg memberi tips, amaran dan sokongan moral. Anda berjaya menghindar sebuah krisis!

Kepada isteri Asmahan Abas, sedap sungguh masak lomak hasil air tangan awak.. hehehe

Akhirulkalam, semoga segala perundingan mrt 2 berakhir dgn baik dan rakan2 yg terlibat dlm projek tersebut dpt menjalankan tugas dgn jayanye. Den x soba nk naek mrt 2.”

Tupperware pun dah selamat sampai ke tuan empunya badan, dalam rasa terharu dengan sikap keprihatinan Rapid KL, Aziem sempat ‘selit’ unsur-unsur humor dalam ucapannya.

Apa yang dirinya terhibur apabila telatah netizen yang memberikan amaran, tips dan sokongan moral yang menyebabkan isu Tupperwear ini jadi viral.

Tupperware jangan lupa bawa balik ya. 

Telatah Pasangan Ini Bila Rapid KL ‘Kantoi’ kan Suami Tercicir Tupperware Di MRT Cuit Hati Netizen

Lebih menghiburkan netizen apabila isterinya dapat tahu bahawa suaminya ini telah menghilangkan ‘nyawa’ nya ini. Aduhai! Bagusnya pasangan suami isteri ni, masing-masing bersikap terbuka.