Akhirnya Terjawab, Rupanya Ini Punca Kerracunan Makan Laksa!

Sejak tular pasal ada kes keematian makan laksa di Baling Kedah, ada penggemar laksa yang ragu-ragu nak order laksa.

Namun begitu, siasatan punca kes keraacun makan laksa di kedai Pak Cik itu akhirnya terjawab. Ini menurut kenyataan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang ditulis di laman Public Health Malaysia semalam.

Punca Kemaat!an Makan Laksa

Sebelum ini terdapat laporan yang mempersoalkan tindakan siasatan yang di lakukan yang didakwa menjatuhkan perniagaan pengusaha.

Kini telah terbukti, kejadian keraacunan makanan yang menyebabkan 2 kematiaan mangsa adalah berpunca dari mi laksa yang tercemar dengan kuman Salmonella.

Fakta Ringkas

Agen penyebab keeracunan makanan ini adalah Salmonella enterica serovar Weltevreden

Bakteria ini telah dikesan dalam sampel klinikal pesakit dan sampel mi laksa yang terlibat

Proses penyediaan dan penyimpanan mi laksa yang tidak bersih antara PUNCA pencemaran bakteria

Gerai menjual laksa yang terlibat telah ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit 1988 sejak 8 Oktober 2018

Berdasarkan hasil siasatan dan keputusan makmal, agen penyebab keeracunan makanan ini adalah Salmonella enterica serovar Weltevreden.

Bakteria ini telah dikesan dalam sampel klinikal pesakit dan sampel mi laksa yang terlibat.

Siapakah Yang Menghasilkan Mi Laksa tersebut?

Mi laksa yang di gunakan dihasilkan di premis pemprosesan mi laksa, milik pengusaha yang juga tuan punya gerai tersebut.

Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada kejadian keracunan makanan ini?

1) Proses penyediaan dan penyimpanan mi laksa yang tidak bersih

2) Suhu penyediaan mi laksa semasa pemprosesan

3) Suhu pemanasan semula mi laksa sebelum dimakan tidak mencukupi untuk menyahkuman.

Apakah Tindakan Kepada Peniaga tersebut?

Kalau ikutkan gerai menjual laksa yang terlibat telah ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit 1988 sejak 8 Oktober 2018.

Malahan tuan punya gerai harus mengambil langkah-langkah pembaikan segera dengan memastikan semua keperluan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan keperluan Pihak Berkuasa Tempatan dipatuhi sepenuhnya.

Namun apa pun, tuan punya gerai terbabit juga telah dimaklumkan sekiranya semua keperluan ini dipatuhi maka premis ini boleh dibuka semula.

Haaa… moga penjelasan ini boleh tenangkan hati kepada penggemar laksa, selepas ini anda boleh makan laksa tanpa ragu-ragu lagi!

Kenyataan Akhbar Dari KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kejadian keracunan makanan (KRM) yang disyaki berpunca dari memakan laksa yang dibeli dari premis di Kupang, Baling Kedah seperti yang dilaporkan dalam kenyataan akhbar sebelum ini.

Tiada kes baru dikesan sejak 9 Oktober 2018 dan jumlah keseluruhan kes kekal 83 kes termasuk dua (2) kemaatian; dengan pecahan 34 kes di Perak [termasuk dua (2) kes keematian], 25 kes di Kedah dan 24 kes di Selangor. Semua kes yang dirawat di hospital telah didiscaj.

Berdasarkan hasil siasatan dan keputusan makmal yang lengkap diperolehi pada 21 Oktober 2018 (Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh dan Makmal Keselamatan Kualiti Makanan Pulau Pinang), agen penyebab kkeracunan makanan ini adalah Salmonella enterica serovar Weltevreden.

Bakteria ini telah dikesan dalam sampel klinikal pesakit dan sampel mi laksa yang terlibat. Untuk makluman, dengan menggunakan kaedah ujian Pulse Field Gel Electrophoresis (PFGE), didapati bakteria tersebut berpunca dari satu sumber iaitu mi laksa yang dibeli pada 4 Oktober 2018 dari gerai terbabit.

Mi laksa yang dijual pada 4 Oktober tersebut dihasilkan di premis pemprosesan mi laksa, milik pengusaha yang juga tuan punya gerai tersebut.

Faktor risiko yang menyumbang kepada kejadian keracunan makanan ini berkemungkinan berpunca dari proses penyediaan dan penyimpanan mi laksa yang tidak bersih, serta suhu penyediaan mi laksa semasa pemprosesan dan suhu pemanasan semula mi laksa sebelum dimakan tidak mencukupi untuk menyahkuman.

Pada 21 Oktober 2018 petang, tuan punya gerai menjual mi laksa yang terlibat telah dimaklumkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Baling berkaitan hasil siasatan yang dijalankan.

Salmonella enterica serovar Weltevreden adalah salah satu dari serotaip bakteria Salmonella spp. Jangkitan oleh bakteria ini boleh menyebabkan gejala seperti demam, muntah, sakit perut dan cirit-birit. Jangkitan lazimnya berlaku akibat pencemaran makanan dan air oleh bakteria ini.

Gerai menjual laksa yang terlibat telah ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit 1988 sejak 8 Oktober 2018. Tuan punya gerai harus mengambil langkah-langkah pembaikan segera dengan memastikan semua keperluan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan keperluan Pihak Berkuasa Tempatan dipatuhi sepenuhnya.

Tuan punya gerai terbabit juga telah dimaklumkan sekiranya semua keperluan ini dipatuhi maka premis ini boleh dibuka semula.

Aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit serta pendidikan kesihatan tentang pengendalian makanan yang selamat di premis makanan terbabit telah dijalankan oleh KKM.

Selain itu, KKM juga akan terus mempergiatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta Peraturan Kebersihan Makanan 2009 di semua premis makanan.

Tindakan kompaun dan undang-undang boleh diambil ke atas tuan punya atau pengendali makanan yang tidak akur akan sebarang peruntukan di bawah Peraturan-peraturan tersebut.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

21 Oktober 2018

Laksa kebok akan kembali beroperasi

BALING – Perniagaan laksa kebok yang ditutup sementara oleh Kementerian Kesihatan sejak 7 Oktober lalu, dibenarkan beroperasi semula.

Akhirnya Terjawab, Rupanya Ini Punca Kerracunan Makan Laksa!

Pengusahanya, Daud Ismail, 51, berkata, berita gembira itu diumumkan oleh Jabatan Kesihatan Baling ketika kunjungan pihak itu ke rumahnya, hari ini.

Menurutnya, pihak terbabit akan datang melakukan pemeriksaan terakhir Selasa ini, sebelum perniagaannya boleh beroperasi.

“Saya belum fikir bila nak mulakan perniagaan. Tetapi insya-ALLAH saya akan adakan kenduri kesyukuran terlebih dahulu Sabtu ini.

“Majlis bermula dengan bacaan Yasin dan kenduri bermula jam 12 tengah hari. Saya jemput semua berkelapangan untuk hadir,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, dia yakin perniagaannya dapat kembali beroperasi hasil berkat doa tok guru sekitar Baling dan Sik dan keluarganya.

“Buat waktu ini tali larangan berniaga masih diikat di gerai. Pihak jabatan yang pasang dan depa juga perlu buang.

“Saya benarkan depa ikat dengan cara baik, dan saya minta tali itu juga dibuang dengan cara baik,” katanya.