Sara 5 Anak Sejak Bergelar Ibu Tunggal, Ini Pendedahan Isma AF7 Buat Semua Sebak

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 7, Isma atau nama sebenarnya Ismaliza Ismail, 38, perlu ada sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan untuk keperluannya bersama lima orang anak.

Sebelum ini Isma bergelar ibu tunggal, apabila bercerai dengan komposer dan penyanyi Zul 2 By 2 pada awal tahun ini.

” Semenjak kembali menyandang status solo, saya bekerja keras demi anak-anak. Anak-anak semuanya tinggal dengan saya… Anak sulung dan anak kedua sedang belajar di universiti dan anak yang paling bongsu berusia 10 tahun.

” Setiap bulan, saya perlu menyediakan paling kurang RM5,000 untuk membayar kereta, sewa rumah serta perbelanjaan saya bersama anak-anak. Biarpun saya harus berusaha dengan lebih keras, saya puas hati,” kata Isma.

Tambah kakak kepada penyanyi Tomok ini, dia bersyukur kerana rezekinya tidak pernah putus untuk membesarkan lima orang cahaya mata.

” Saya akui kadang kala tawaran itu tidak selalunya banyak tetapi rezeki itu tetap ada. Selain menjayakan persembahan pentas, saya menyanyi di Restoran D’Empangan Udang Galah Putrajaya milik Datin Ina.

” Saya anggap semuanya rezeki anak. Biar bersusah sekarang kerana hikmahnya pasti akan datang nanti,” kata Isma lagi.

Hasil perkongsian hidup Isma dan Zul, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 20, Muhammad Haiqal Aydiel, 19, Seri Aida Merlissa, 17, Seri Ayreen Merlynda, 15, dan Seri Adryana Mercella, 11.

Sara 5 Anak Sejak Bergelar Ibu Tunggal, Ini Pendedahan Isma AF7 Buat Semua Sebak

Terdahulu penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 7, Isma atau nama sebenarnya Ismaliza Ismail, 38, mengakui kehidupannya lebih tenang selepas bercerai dengan komposer dan penyanyi Zul 2 By 2.

Mereka dianugerahkan lima orang anak hasil perkahwinan selama 19 tahun, Isma dan Zul berpisah semenjak awal tahun ini.

” Alhamdulillah, pada awalnya, suasana yang saya rasakan sedikit berlainan kerana saya sudah 19 tahun bergelar isteri.. Tapi, semuanya dipermudahkan dan saya rasa lebih tenang.

” Semenjak memegang status ibu tunggal, saya bekerja dengan lebih keras kerana anak-anak tinggal dengan saya. Selepas bercerai, saya keluar rumah dan menyewa bersama anak-anak.

” Biarpun kadangkala tawaran untuk mengadakan persembahan pentas itu kadang-kadang tidak menyebelahi saya, tetapi rezeki itu tetap ada,” kata Isma.

Beliau mengakui anak-anak menjadi kekuatan untuk dirinya meneruskan hidup, Isma enggan menoleh ke belakang dan mahu bekerja dengan lebih kuat.

” Anak-anak memang penguat saya. Kadang-kadang mereka faham dengan keadaan ibu mereka yang berusaha keras mencari rezeki. Saya juga sangat bersyukur kerana segala urusan saya dipermudahkan.

” Saya aktif menyanyi di Restoran D’Empangan Udang Galah Putrajaya milik Datin Ina dan jika ada rezeki, saya dipanggil untuk mengadakan persembahan pentas di luar.

” Bukan mudah untuk hidup senang tetapi sebagai ibu, saya tetap akan berusaha keras menyediakan semua kelengkapan anak kerana mereka keutamaan saya,” katanya lagi.

Isma yang juga merupakan kakak kepada penyanyi Tomok berkahwin dengan Zul pada 16 April 1998.