Video Parodi Kejadian Puuk0l Pekerja Stesen Minyak Buat Netizen Pecah Perut. Memang Lawak Habis

Baru-baru ini heboh satu negara apabila tular sebuah video di media sosial menunjukkan rakaman CCTV dekat sebuah stesen minyak di Sungkai.

Video berdurasi 42 saat tu menunjukkan sekumpulan geng bikers bertindak kasar dan pukul pekerja stesen minyak tu. Kesian cashier petronas tu kena pukul dengan geng bikers sebab tersalah key in RON95.

Video parodi kejadian tersebut

Sementara itu terbaru, tular sebuah video parodi yang dibuat merujuk kepada kejadian tersebut. Video berdusari 1:42 itu menunjukkan aksi 2 orang lelaki cuba meniru kejadian pekerja stesen minyak itu dipukul.

Rata-rata netizen terhibur dengan video parodi tersebut kerana sangat mencuit hati. Jom layan video di bawah di hujung artikel.

Sila skrol ke bawah untuk lihat video.

Dalam kejadian berlaku pada 6 Oktober lalu kira-kira jam 12.45 tengah hari tu rupa-rupanya hanyalah disebabkan tersalah key in dalam sistem. Menurut mangsa yang berusia 24 tahun, salah seorang daripada geng bikers tu nak isi minyak tapi tak beritahu dia jenis minyak RON97 jadi lepas terima duit dia terus key in minyak RON95 untuk ‘brader’ tu.

Difahamkan lelaki tu tak berpuas hati walaupun kata mangsa dia dah pun minta maaf tapi tak dipedulikan. Menurut Harian Metro, geng bikers tu kemudian bawa mangsa keluar dan salah seorang boleh dilihat melempang muka dia beberapa kali.

Video Parodi Kejadian Puuk0l Pekerja Stesen Minyak Buat Netizen Pecah Perut. Memang Lawak Habis

Malah bukan setakat tu, dia juga ditendang hingga terjatuh dan dibaling air tin. Dia kemudian pergi buat laporan di Balai Polis Tapah selepas alami kesakitan di beberapa anggota badan.

Berdasarkan satu Facebook post dari sahabatnya, mangsa dikatakan masih trauma sampai berniat nak berhenti kerja. Tetapi (mungkin) tidak teruskan niat tu disebabkan perlu menyara adik-adiknya.

Dalam pada itu memetik laporan lain, terkini, ssupek kejadian itu sudahpun didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di Tapah, selepas mengaku bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang pekerja stesen minyak, awal bulan ini.

Majistret, Mohd Harith Mohd Mazlan yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Nuralif Shaufik Ahmad Fauzi, 25, turut memerintahkan tertuduh dipenjara 5 bulan jika gagal membayar denda.

Sementara, tertuduh menerusi peguamnya, S Kavitha merayu hukuman denda paling minimum atas alasan dia merupakan anak tunggal, menanggung ibu bapanya yang sudah tidak bekerja serta insaf dengan perbuatannya.

Timbalan Pendakwa Raya Fatin Farahiyah Nadzri bagaimanapun memohon hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatan sama.

Video Parodi Kejadian Puuk0l Pekerja Stesen Minyak Buat Netizen Pecah Perut. Memang Lawak Habis
Jom lihat video di bawah