Jiran terlebih ramah. Hari – hari jiran datang rumah. Tak sangka ini tindakan suami.

Memang betul, kita disarankan untuk saling ziarah menziarahi jiran dan saling bertegur sapa untuk mengeratkan hubungan silaturrahim. Malah, jika diingat, terdapat juga iklan-iklan yang disiarkan di televisyen yang mengangkat tema hidup bermasyarakat untuk memberi kesedaran kepada komuniti-komuniti di Malaysia.

Sesetengan orang memang suka untuk berbual dan menerima tetamu setiap hari, dapat jugalah berkongsi cerita. Tetapi susah juga kalau dapat jiran yang terlebih ramah. Dahla berkunjung setiap hari sehingga tuan rumah tidak ada masa untuk menguruskan perkara lain, bila datang pula, dibuatnya rumah kita seperti rumah sendiri.

Penjuru rumah mana tak diselongkar, siap ke dapur bancuh air dan buat makan sendiri. Tak cukup dengan itu, siap bawa anak dan mandikan anak di rumah kita. Memang tak bolehlah kalau macam tu. Macam kisah yang dikongsikan oleh seorang netizen di group Kisah Rumah Tangga.

NAK TAHU APA YANG TERJADI? JOM BACA PERKONGSIANNYA DI BAWAH.

Salam. Saya pernah cerita kan mengenai jiran saya yang suka duduk rumah saya dari pagi sampai kepetang. Kelmarin dia datang lagi dengan anak dia. Waktu tu saya dalam rumah. Dia pangil-panggil saya. Saya diam lansung tak bukak pintu. Tak sampai 5 minit dia jerit woiii bukak pintu nih. Aku panas nih dok kat luar. Anak aku nak main dengan anak kau. Terkejut saya dalam rumah.

Die ketok pintu kuat-kuat suruh saya bukak gak pintu. Memang tak la saya bukak. Tak lama lepas tu dia diam. Saya intai ikot tingkap dia jalan lengang lengok balik rumah dia.

Kelmarin saya ada tanya jiran-jiran lain mengenai dia. Sebab saya baru dok sini 4 bulan. Jiran lain cakap memang perangai dia anak beranak suka dok rumah orang 24 jam. Mak dia pon macam tu. Kalau pergi rumah orang buat macam rumah sendiri. Patutla dia datang rumah saya dia buat air sendiri. Terkangkang depan tv. Mandikan anak dia rumah saya. Bukak saji kat dapor. Kalau tengok ada makanan dia terus makan.

Waktu dia datang saya tak bukak pintu tu waktu pagi. Petang dia datang lagi siap bawak adik-adik dia lagi 3 orang. Suruh panggil-panggil saya. Bising sangat. Saya bukak tingkap terus jerkah. Anak aku nak tidor nih tolong jangan bising kat sini. Dia terus cakap bukak lah pintu aku nak masuk nih. Anak aku nangis-nangis nak main ngan anak kau.

Saya geram sangat saya cakap suami aku tak bagi dah orang selalu datang rumah aku. Sebab banyak kerja aku tak sempat siap sebab anak aku tak tidor. Boleh pulak dia cakap ehhh bila masa pulak laki kau marah. Selalu aku datang laki kau diam jer.

Memangla laki aku diam. Tapi belakang kau dia potpet-potpet kat aku. Dia buat muka tak puas hati, aku terus tutup tingkap. Dia tak reti nak balik dok memekak depan rumah aku dekat sejam gak. Dia ingat aku nak bukak pintu.

Petang tu laki aku balik. Dia nampak terus datang. Masa laki aku kat tempat kerja aku dah mesej dah awal-awal cakap perempuan tu datang wat bising lagi. Masa dia datang depan rumah aku laki aku tanya ada ape ni datang rumah. Saya tak suka waktu saya kerja orang datang rumah saya. Bini saya ada anak kecik. Tak boleh stress-stress. Nanti sakit saya yang susah. Boleh pulak dia buat-buat lembut lemah gemalai depan suami saya cakap dia bosan kat rumah. Suami aku sound terus kalau bosan pergi mengaji bukan datang umah orang. Dia terus balik.

Semalam dia datang lagi. Sebab dia nampak kita orang nak keluar. Kita orang nak keluar cari barang dapor kat pasaraya. Dahla pakai seksi. Tanya kita orang nk pi mana. Saya diam. Laki jer jawab nak keluar cari barang. Boleh dia cakap nak ikot. Suami terus cakap maafla kita orang nk pi tempat lain lepas cari barang. Saya terus masuk kereta. Suami pn sama.

Dalam kereta suami membebel tak berhenti marahkan saya sebab berkawan dengan dia. Suami dah bagi amaran tak bagi sape-sape masuk rumah lagi lepas ni. Kalau ade hal penting ngan jiran tolong sembang kat luar rumah. Harap perempuan tu tak kacau lagi rumah kami. Kalau tak memang suami nak report sebab dikira menggangu.