Itu bini saya. Dah 2 bulan ikut jantan kep4rat ni. Report polis telah saya buat. SETIA MENUNGGU

Assalamualaikum. Minta bantuan. Wanita dalam gambar ini isteri saya… Keluar rumah dari 4/8/18

Sampai hari ini tidak pulang dan tidak dapat dihubungi, namanya nawal shafinaz disyaki keluar atau tinggal dgn lelaki dalam gambar.. Report polis telah sy buat..

Bukan niat nak membuka aib sesiapa, tetapi sy buntu memikirkan di mana untuk mengesan dia, ada sumber mengatakan lelaki bersamanya itu org belah2 tangkak atau bukit gambir…. Sesiapa ada maklumat mengenai beliau sila hubungi sy… 0189176314

Komen Netizen

Mohd Adeli Jantan mcm ni lh perosak rumah tanga org lain,aku dh kne dn aku dh pnah rasa apa yg t.t ni rasa,sebaiknya lepaskn saja,atau pun buat je isteri kau tu nusyuz

Dan Piero Betul ke cita ni atau nak buat fitnah..nak jatuhkan org. Ok kalau betul kan ada makamah syariah dan boleh jatuh talak..terus terang cakap bini ko pun tak cantik ..

CikVanilla Kusakabe ada dua sebab kenapa isteri kamu jd mcm tu. pertama mungkin disihir

kedua mungkin dah xtahan dah menyampah sangat dgn perangai kamu yg mungkun buat dia sakir hati kecewa dan xtahan lagi hidup dgn kamu.. mungkin kamu abaikan tanggungjawab sampai dia ada ruang untuk diambil berat oleh lelaki lain. cuba kamu fikirkan sendiri..

satu ja nk ingatkan, jgn kamu pos mcm nie untuk tutup kesalahan kamu demi membuktikan kamu bukan punca isteri kamu keluar rumah. itu cuma pandangan saya sahaja. walay bagainanapun hal sebenar yg terjadi hanya kamu isteri kamu dan allah taalah sahaja yg tahu.

jika kamu masih syg kan isteri kamu maka,jadilah ygbterbaik dan ajak lah juga isteri kamu menjadi yg baik jika hati dia sudah tiada lg utk.kamu ,makan lepaskan lah mungkin sudah lama dia terseksa hati…

kalau silap tanggapan saya maafkan lah.. saya cuma bagi pandangan berbentuk kemungkinnan sahaja. tapi jika isteri kamu benar benar buat onar maka tibai balon bagi habuan kedua dua sekali biaq lunyai. sekian.

Jaini Mohamad Sy bukan nk buka aib diri dan isteri… Masalhnya da puas cri dri bln 8…no sy dia block…. Yg mana tuduh sy layan isteri sy secara teruk….. Jgn buat dosa kering..

Kepada yg membantu dan mendoakan terima kasih

Eisya Esya seeloknya dngar dri kedua belah pihak jgn cepat menghukum setiaap mnusia pnh buat silap kite x thu situasi dn keadaan dlm rmh tangga mereka mngkin ade perselisihan faham atau ape2

Hani Mohamed Zin Kepada tuan tanah buat la isthikharah minta petunjuk dr Allah… mungkin ada kekurangan di mana-mana dalam rumahtangga sehingga isteri bertindak mcam tu… semoga urusan t.t dipermudahkan… aminn.

Isteri nak ‘lari’ rumah tak perlu fatwa, kata bekas hakim

Hukum membenarkan isteri meninggalkan rumah yang didiami bersama suami sekiranya merasakan diri berada dalam bahaya tidak perlu difatwakan, kata bekas ketua hakim Mahkamah Syarie Terengganu Datuk Ismail Yahya.

Menurut Ismail, perkara tersebut tidak perlu difatwakan memandangkan ia telah pun berada dalam kitab fekah.

“Saya berpendapat tidak perlu dikeluarkan fatwa kerana kerangka hukum isu keganasan dalam rumah tangga telah pun ada dalam kitab fiqh (fekah).

“Masalahnya, (ia) tidak didedahkan,” katanya kepada Malaysiakini.

Selasa lalu, Perlis mengeluarkan fatwa yang membenarkan seseorang isteri untuk meninggalkan rumah yang didiami bersama suami sekiranya merasakan dirinya berada dalam dalam bahaya.

Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, tujuan fatwa berkenaan dibuat untuk mengelakkan kezaliman berlaku terhadap wanita dan isteri.

Selain itu, ketika diminta mengulas lanjut, Ismail berkata lagi, dalam kitab fekah ada dinyatakan tentang nusyuz (tidak taat pada suami) serta pengecualiannya.

Jelasnya, antara pengecualian yang dinyatakan termasuk seseorang isteri boleh keluar daripada rumah tanpa izin suami.

“Dalam kitab fekah, dalam soal isteri nusyuz ada dinyatakan antaranya keluar rumah perkahwinan tanpa izin suami.

“Dalam pada itu, ada diberi pengecualian-pengecualian. Antara pengecualian itu termasuklah boleh keluar rumah perkahwinan tanpa izin suami demi menyelamatkan nyawa (isteri).

“Maknanya, dalam keadaan isteri keluar rumah tanpa izin suami untuk selamatkan nyawa si isteri, adalah diwajibkan,” katanya lagi.

Sementara itu, aktivis hak asasi manusia yang memperjuangkan hak-hak wanita, Maria Chin Abdullah pula berpendapat, fatwa tersebut tidak perlu dikeluarkan kerana mana-mana isteri yang menghadapi masalah rumah tangga sewajarnya meninggalkan rumah.

Malah, Maria yang juga pengerusi BERSIH memberitahu, berdasarkan akta keganasan rumah tangga, terdapat perintah interim yang membolehkan suami yang bertindak ganas meninggalkan rumah dan bukan isteri.

“Saya rasa, berdasarkan akal, wanita yang telah dipukul sudah tentu tidak perlu beritahu suaminya untuk keluar rumah.

“Kita juga perlu sesuaikan keadaan dengan akta keganasan rumah tangga. Fatwa bukan undang-undang. Dan kenapa kita mempunyai perintah interim ialah supaya jika berlaku keganasan, suami yang perlu tinggalkan rumah, isteri perlu kekal (berada di rumah).

“Suami yang perlu meninggalkan rumah kerana suami yang telah bertindak ganas pada mulanya. Jika perempuan perlu keluar daripada rumah, ke mana mereka sepatutnya pergi? Jika suami tak nak tinggalkan rumah, polis patut bantu untuk keluarkan dia dari rumah untuk melindungi wanita,” katanya.

Fatwa membawa maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan.

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), maksud fatwa ialah pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang menimbulkan pertikaian mengenainya atau berhubung dengan hukum syarak.

Jaini Mohamad‎ to Anak Jati Muar