Hujan Lebat Di Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Musim Tengkujuh Tahun Ini – Jabatan Meteorologi

Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 27 Oktober sehingga Mac 2019. Dalam tempoh ini, empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku.

Risiko banjir

Hujan Lebat Di Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Musim Tengkujuh Tahun Ini – Jabatan Meteorologi

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan pada November dan Disember 2018, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Manakala pada Disember 2018 dan Januari 2019, episod hujan lebat dijangka tertumpu di barat Sarawak dan Sabah.

Hujan lebat berterusan untuk tempoh tiga sehingga lima hari boleh mengakibatkan keadaan banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan kawasan yang kerap banjir.

Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang, risiko kejadian banjir akan menjadi lebih buruk.

Luruan monsun pertama yang membawa hujan monsun berterusan di negeri Kelantan dan Terengganu dijangka berlaku pada 30 Oktober sehingga 1 November 2018.

Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada dan bersiap siaga dalam menghadapi musim tengkujuh ini.

Nak pergi bercuti pun elakkan kawasan sungai atau air terjun atau laut. Maklumlah cuti sekolah dah dekat.