Suntikan Vaksin HPV Penyebab Budak Perempuan Jadi ‘Gatai’ Nak Mengawan? Baca Dulu Penjelasan Doktor Ini

Baru-baru ini, viral posting mengenai dakwaan suntikan vaksin HPV yang diberikan kepada remaja perempuan boleh menyebabkan mereka lebih berkeinginan untuk melakukan hubungan intim. Dakwaan tersebut pastinya cukup membimbangkan ramai mak ayah, yang telah membenarkan suntikan tersebut kepada anak gadis mereka seawal 13 tahun.

Perlu tahu, suntikan vaksin HPV ini telah diberikan secara PERCUMA buat remaja perempuan di Malaysia bagi mencegah terjadinya barah pangkal rahim atau lebih dikenali kanser serviks. Setiap keputusan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pastinya telah dibuat kajian secara mendalam keatas kesan-kesannya.

UNTUK MENJAWAB SEGALA PERSOALAN, MOHON BACA PENJELASAN OLEH DR KHAIRUL FAIZIE MOHAMMAD KAMAR INI.

Kalau kita jahil dan kita simpan kejahilan tu untuk diri sendiri, tak mengapa. Tapi bahayanya, bila kita jahil, dan kita sebarkan kejahilan kita, dan pengaruhi orang lain untuk turut sama menjadi jahil macam kita.

Penyudahnya, ramai parents yang:

1- Gelabah nak cari ” detox ” buat anak perempuan mereka yang telah menerima suntikan vaksin HPV ini. Dan macam biasa, 1001 cadangan jawapan di beri netizen. Di suruh berbekam, di suruh cuba ubat homeopati. Dengan harapan, ini boleh men- detox vaksin tersebut.

2- Tak mahu beri kebenaran untuk anak perempuan mereka menerima suntikan ini.

Maka sia sia lah usaha Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah LPPKN utk memberi suntikan ini secara percuma.Ya, percuma.

Ini antara kebimbangan / tertanya tanya para parents ( aku copy komen ni), yang mana akan mendorong mereka untuk menolak vaksin HPV ini setelah membaca ” info vaksin HPV penyebab vagina budak perempuan jadi gatai nak mengawan ” :

“Pernah jugak discuss dengan kawan-kawan hal ni…alasan suntikan hpv nak cegah kanser servik dan lain-lain yang berkaitan…tapi yang saya faham kanser servik dan penyakit kelamin yang lain hanya tersebar melalui hubungan kelamin. Kenapa budak-budak sekolah yang disuntik…masa mula-mula lagi saya dah suspicious…huhu”

Suntikan Vaksin HPV Penyebab Budak Perempuan Jadi ‘Gatai’ Nak Mengawan? Baca Dulu Penjelasan Doktor Ini

OK, ini jawapannya kenapa kena suntik dekat budak sekolah ya:

– Vaksin HPV ini paling berkesan apabila di beri kepada mereka yang belum pernah buat hubungan seks. Oleh sebab itu, kita bagi pada peringkat umur remaja ini –

Fahamkan tu. Bukan bererti kita bagi vaksin HPV tu untuk menggalakkan mereka buat seks. Cara sesetengah pihak faham benda ni, terbalik. Vaksin HPV ni telah di cuba ( secara saintifik punya kajian, bukan hearsay / main agak agak / pemerhatian pada sample yang sikit ) ke atas kanak kanak perempuan se-awal 9 tahun, dan terbukti selamat. Dan kita beri vaksin HPV ni kepada mereka yang remaja umur 12 tahun ke atas.

Kepada tohmahan yang mengatakan lepas suntik vaksin HPV, pelajar perempuan akan mula menggatal nak buat seks, maka kajian saintifik, yang telah diterbitkan jurnal nya, telah membuktikan bahawa suntikan HPV TIDAK meningkatkan keinginan untuk membuat hubungan seks.

Ini link nya, baca ya jangan malas baca:

http://pediatrics.aappublications.org/…/10/10/peds.2012-1516

Kalau masih juga tak mahu terima, maka itu hak masing masing.

Anda berhak untuk menghalang anak anda dari menerima vaksin itu.

TAPI tolong jangan sebar dakyah kepercayaan anda kepada orang lain. Dan paling pathetic, anda mula guna alasan agama untuk justify sikap menolak vaksin HPV ini (contoh nya ini semua agenda yahudi, atau agenda kafir untuk merosakkan anak gadis wanita Islam)

Akhir kalam, kita berusaha mendidik dan menyedarkan. Tapi kita kena faham had dan limitasi nya.

Bak kata Imam Syafie:

“Aku mampu berdebat dengan 10 orang yang berilmu, tapi aku pasti kalah dengan seorang yang bodoh, karena orang yang bodoh itu tidak pernah faham landasan ilmu”.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak ayah tidak perlu bimbang jika anak-anak dara yang sedang meningkat usia telah atau bakal mengambil suntikan HPV ini. Bukan suntikan HPV ini penyebab faktor yang boleh mendorong keinginan untuk melakukan hubungan intim. Banyak lagi perkara yang mak ayah perlu perhatikan dari segi pergaulan, bahan bacaan dan gajet yang anak-anak gunakan yang boleh mendorong kearah itu.

Sumber: Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar