Enggan Panggil Doktor Walaupun Didesak. Bapa Dakwa Kelalaian Hospital Sebabkan Anak ‘Pergi’

Tiada siapa boleh menafikan bahawa anak merupakan anugerah terindah bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin. Semestinya melihat anak-anak germbira dan membesar dengan sihat adalah matlamat utama bagi setiap ibu bapa.

Namun siapalah kita untuk menolak takdir. Baru-baru ini Desmond Neo telah berkongsi kisah tragik yang berlaku pada keluarga beliau di mana anaknya telah men1nggal dun1a akibat kecuaian doktor di sebuah hospital tempatan.

Menurut Desmond anaknya yang baru saja berumur 11 bulan telah menghidap demam panas yang meningkat sehingga 39 Celcius pada 24 April lepas.

Sudah pasti sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab, beliau membawa anaknya ke Hospital Batu Pahat untuk mendapatkan bantuan. Hospital itu mengatakan bahawa anaknya cuma demam biasa dan memberi rawatan normal. Hakikatnya selepas 4 jam mereka memberinya ubat, bibir anaknya terus bertukar warna keunguan dan anggota badannya bertukar warna hitam.

Waktu itu Desmond terus memanggil doktor tetapi mereka berkata itu adalah perkara normal dan merupakan salah satu simptom demam. Selepas itu, doktor kemudian memberi ubat yang lebih kuat pada pukul 5.30 petang iaitu hanya 7 jam selepas dos yang pertama.

Pada awalnya saya mahu memindahkan anak saya ke hospital lain tetapi masa sudah lewat dan mereka hanya boleh lakukannya esok pagi.”
Enggan panggil doktor walaupun didesak
Kemudian pada jam 1 pagi 25 April, suhu anaknya terus naik dengan mendadak ke 40 Celsius. Jururawat beri anaknya ubat tetapi enggan memanggil doktor walaupun telah didesak. Dia juga berkata Desmond akan dikenakan caj sebanyak RM150 jika beliau berkeras juga mahu berjumpa dengan doktor.

Masa itu keadaan menjadi lagi teruk apabila suhu anaknya mencecah 41.4 Celcius dan najis anaknya berubah menjadi cecair dan bukan pepejal. Doktor kemudian menasihati keluarganya untuk mengambil span dan air sejuk untuk disapu ke badan bagi menyejukkan badan anaknya. Peliknya, itu bukan kerja jururawat ke??

Malah doktor itu juga menasihatkan untuk menurunkan lagi suhu penghawa dingin supaya badan anaknya terdedah dengan udara sejuk. Doktor itu juga menjamin yang suhu anaknya akan turun selepas itu.
Si kecil Joel mulai muntah cecair kemerahan
Dalam masa sama Desmond kerap kali menyuruh jururawat memanggil doktor, namun dia tidak mahu berbuat begitu. Kira-kira jam 6, Desmond terkejut apabila si kecil Joel mula muntah cecair berwarna hitam kemerah-merah yang dia percaya sebagai dar4h.

kemudian pada ketika itulah doktor datang memeriksa Joel dan anak kecil itu terus dimasukkan ke wad ICU. Doktor memberitahu Desmond, ” Maaf Encik Neo, hospital kami tidak cukup kakitangan atau kemudahan untuk merawat anak encik. Boleh tak kalau encik tukarkan anak encik ke hospital lain?”
Si kecil Joel ‘tewas’ akhirnya
Bagaimanapun, kisah ini berakhir dengan berita duka. Selepas 11 hari, anak kecil itu men11nggal dun11a di hospital kerajaan. Semoga kamu tenang di sana sayang!

Menerusi perkongsian yang lain, Desmond juga berkongsi penjelasan yang pihak hospital berikan kepadanya, selepas dia menuntut penjelasan tersebut dari mereka.

Walau bagaimanapun semuanya tiada guna kerana pihak hospital menidakkan kesalahan yang telah dilakukan mereka. Desmond sempat berpesan, “Saya kongsikan kisah ini untuk mengingatkan ibu bapa lain untuk tidak membawa anak mereka ke sini kalau mereka tidak mahu alami apa yang sedang saya alami lalu.”