Cukup Cukuplah Lagakan Kami Kerana Anak2 Itu Masih Kecil. Scha Akui Malu Jumpa Che Ta Disebabkan Hal Ini

Siapa tidak kenal Lara Alana, selain kecomelannya, buah hati kesayangan pasangan selebriti popular tempatan iaitu Awal Ashaari dan Scha Alyahya ini juga sensasi di media-media sosial dengan pelbagai video telatah lucunya di instagram miliknya.

Meskipun begitu rupanya ada cakap-cakap kurang enak di sebalik populariti yang diraih oleh pasangan sensasi ini dan juga anak perempuan mereka, Lara Alana.

Selebriti Scha Alyahya mengakui pernah rasa malu hendak berjumpa dengan aktres Rozita Che Wan atau Che Ta hanya kerana anak mereka sering dibandingkan serta dilagakan oleh netizen.

Dalam laporan HLive, Scha memberitahu mereka tidak pernah ada masalah dan gembira apabila anak mereka Lara Alana dan Aaisyah Dhia Rana dapat bertemu dan digandingkan dalam sebuah sesi fotografi majalah InTrend baru-baru ini.

Cukup Cukuplah Lagakan Kami Kerana Anak2 Itu Masih Kecil. Scha Akui Malu Jumpa Che Ta Disebabkan Hal Ini

“ Saya hendak jelaskan kepada semua, kami tiada apa-apa masalah apa pun. Cuma netizen sahaja suka membandingkan serta melagakan anak kami di laman sosial.

“ Apa yang mereka kata itu tidak wujud pun, tapi perkara terbabit buatkan saya jadi malu hendak berjumpa dengan Che Ta.

“ Bagaimanapun, saya gembira apabila baru-baru ini, kami bersama anak-anak dapat dipertemukan dalam sebuah sesi fotografi untuk InTrend.

“ Saya nasihatkan cukup-cukuplah lagakan kami kerana anak-anak itu pun masih kecil dan tidak tahu apa-apa pun,” katanya.

Sementara Scha ditemui di set penggambaran webseries Gempak yang bejudul Dua di Seksyen 7, Shah Alam, semalam.

Cukup Cukuplah Lagakan Kami Kerana Anak2 Itu Masih Kecil. Scha Akui Malu Jumpa Che Ta Disebabkan Hal Ini

Difahamkan program terbaru ini bakal menampilkan Scha bersama Sweet Qismina, Sharifah Sakinah dan Ben Amir, webseries ini bakal bersiaran pada awal November di Gempak.

Terdahulu, dua selebriti cilik, Lara Alana dan Aaisyah Dhia Rana pertama kali dipertemukan dalam sebuah sesi fotografi untuk majalah InTrend. Foto sekitar di bawah adalah sesi penggambaran itu dikongsi dan dimuat naik di akaun Instagram Lana.

” Omg…comelnya both, geram tengok lara nih. aishah hdg mncung besala mix mtsalleh..lara chinese look..dua2 cute. Hhahahaa comelnyaaaaa eeeee geram betul. Dua dua cute sgt” komen seorang netizen melihat telatah si cilik comel itu.