Umur 12 Tahun Dah Pandai Cipta Game, Adik Thaqif Tak Give Up Lepas Hasil Kerja Dipadam Buat Ramai Kagum

Rentetan daripada kisah Budak Genius Cipta Game Pada Umur 12 Tahun akhirnya telah mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan yaitu YB Syed Saddiq di twitter setelah kisah nya viral di media sosial.

Umur 12 Tahun Dah Pandai Cipta Game, Adik Thaqif Tak Give Up Lepas Hasil Kerja Dipadam Buat Ramai Kagum

Post YB Syed Saddiq membuatkan seluruh member PC Gaming Community malaysia merasa gembira. Kerana bakat adik thaqif telah dipandang oleh pihak yang bertanggungjawab.

Kisah adik ini mendapat perhatian ramai pihak kerana dia  yang baru berumur 12 tahunsudah pandai mencipta game sendiri.

Dia hanya belajar dari Youtube  dan difahamkan adik Thaqif tidaak bersekolah kerana ada sedikit masalah. Keluarga Thaqif pada asalnya tinggal di Bangi kemudian berpindah ke Jengka selepas adik Thaqif mengalami masalah kesihatan.

Adik Thaqif tidak dapat menyambung persekolahan dan pada masa sama dia tidak putus asa bahkan gigih membantu ibunya dengan menjalankan perniagaan secara online seperti dropship dan sebagainya. Setiap hari adik Thaqif akan mengunjungi Pusat Internet 1 Malaysia untuk belajar menggunakan komputer di sana.

Pada mulanya adik Thaqif ni ada menyatakan game yang telah diusahakannya selama beberapa bulan dibuang oleh pemilik kafe siber (pemilik ingat file game tersebut virus). Game yang dicipta dah pun disiapkan hampir 75% (game Zombie, Spider dll). Sedih jugak dengar.

Bukan senang nak bina game sendiri lagi-lagi dengan kekurangan peralatan komputer. Adik Thaqif juga dah merancang untuk menjual game yang sudah disiapkan dengan harga Rm1.

Adik Thaqif bukan sahaja minat dalam buat game tapi dia  pun ada channel Youtubenya sendiri berkaitan komputer, tutorial membuat gambar passport

Kisahnya tak habis di situ sebab adik Thaqif kemudiannya cuba mencari komputer murah berharga RM350 untuk menyambung minat dia mencipta game. Di sini juga, ramai netizen yang simpati nekad untuk mendermakan wang ringgit dan barangan komputer untuk adik Thaqif.

Admin group PC Gaming Community yaitu RIDZUAN telah meminta bantuan MIOR serta 5 lagi programmer untuk menyelidik kisah adik thaqif serta memviralkan kisahnya di media sosial untuk mengumpul dana bagi mendapatkan PC baru serta internet untuk adik THAQIF meneruskan minatnya mencipta game serta membuat youtube channel.

Namun pada hari ini kami menerima berita gembira bahawa YB SYED SADDIQ ingin berjumpa personal dengan adik Thaqif, serta adik Thaqif telah berjaya recover semula data game yang telah didelete oleh pihak yang terlibat.

Umur 12 Tahun Dah Pandai Cipta Game, Adik Thaqif Tak Give Up Lepas Hasil Kerja Dipadam Buat Ramai Kagum

Adik thaqif gembira kerana game yang telah disiapkan sebanyak 75% dalam masa sebulan setengah telah berjaya dapat semula.

Umur 12 Tahun Dah Pandai Cipta Game, Adik Thaqif Tak Give Up Lepas Hasil Kerja Dipadam Buat Ramai Kagum

Susulan berita gembira ini, akhirnya kami di PC Gaming Community merasa gembira dan telah menutup tabung derma untuk adik ini kerana pihak bertanggungjawab telah nampak dan mahu berjumpa dengan adik yang berbakat ini.

Bak kata pepatah, permata perlu digilap supaya jelas nampak di mata dunia, kerana sinarnya lebih menarik dari kaca. Sekian daripada kami warga PCGM

Sumber: MALAY REPORTER via leman