Resepi Ayam Ungkep Sedap Tetapi Sangat Mudah

Sebagai penggemar masakan orang jawa, memang saya tidak ketinggalan untuk buat resepi ayam masak ungkep sebagai lauk harian.Rasa yang cukup lengkap memang dah tak perlu lauk lain untuk dimakan dengan nasi putih panas.

Seperti juga masakan rendang ayam, masakan ayam ungkep ini memerlukan ayam dimasak hingga empuk terlebih dahulu dalam perasa bahan kisar yang siap ditumis tetapi tidak dimasukkan santan.

Tapi ada juga yang masukkan sedikit santan pekat dalam masakan ini untuk kelainan.Satu lagi hidangan orang Jawa yang kami sangat suka adalah ayam penyet.Anda boleh baca di link di bawah ini untuk resepinya.

Bagi anda pertama kali  mahu mencuba hidangan ini, kami akan beri tips resepi ayam masak ungkep ini khas untuk anda hasilkan hidangan yang sangat menyelerakan.

1- Anda boleh guna ayam bandar atau ayam kampung untuk masakan ungkep ini. Selepas tumis bahan kisar, masukka daging ayam dan biarkan masak sebati perasa nya terlebih dahulu sebelum masukkan garam gula.Tutup periuk untuk elakkan ayam kering.

2- Bagi hasilkan perasa ayam ungkep yang sedap,jangan kisar jintan manis,jintan putih dan juga biji ketumbar.Tapi tumbuk dengan lesung hingga 70% hancur sahaja.

Resepi ayam ungkep ini sedap bila terasa pedasnya. Anda boleh tambah dan guna cili api ikut tahap kepedasan yang diinginkan.

Resepi Ayam Ungkep Sedap Tetapi Sangat Mudah

Bahan Resepi Ayam Ungkep Jawa :

* 1 ekor ayam

* 1 batang serai diketuk

* 1 keping asam keping

* 3 helai daun limau purut

* Sedikit air

* 2 senduk minyak masak

* garam & gula secukup rasa

* 1 sudu makan jintan putih ditumbuk

* 1 sudu makan jintan putih ditumbuk

* 1 sudu makan biji ketumbar ditumbuk

Bahan kisar untuk perasa ayam ungkep

* 2 labu bawang besar

* 3 ulas bawang putih

* 1 inci halia

* 1 inci kunyit hidup

* 2 batang serai

* 15-20 cili padi hijau

Cara Penyediaan Resepi Ayam Ungkep Mudah :

#1: Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar beserta jintan manis,jintan putih dan biji ketumbar.Tumis hingga pecah minyak dengan api sederhana.

#2: Baru masukkan ayam,asam keping,serai diketuk,daun limau purut dan gaul sebati bersama bahan tumis. Tutup periuk dan biarkan ayam masak dalam tempoh 30-40 minit dengan api kecil.Jangan risau kenapa tak masukkan air,nanti air ayam akan turun.

Resepi Ayam Ungkep Sedap Tetapi Sangat Mudah

#3: Buka periuk sekepas ayam dah empuk dan barulah masukkan sedikit air jika perlu.Sesuaikan rasa dengan garam serta gula. Siap dah ayam ungkep anda.

Hidangan yang pekat penuh rasa serta kuahnya yang sedap untuk dimakan dengan nasi putih memang memikat selera.Selamat mencuba hidangan ayam ini.