Salah Foto Isu Liwat, Pengetua Tahfiz Akan Saman Siakap Keli !

KUANTAN: Pengetua Maahad Tahfiz Miftahul Qura, dekat sini bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali page dan portal popular Ia berikutan tindakan page itu memaparkan gambar beliau dan pelajarnya untuk laporan berita “Liwat Sembilan Pelar, Pengetua Sebuah Pusat Tahfiz Ditahan”.

Pengetua tahfiz terbabit,  Muhammad Abdul Salam  Abdul Ghani, 38, berkata, tindakan undang-undang terpaksa diambil memandangkan pengguna gambar tersebut telah menjatuhkan maruah beliau dan tahfiznya.

Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan sekitar jam 6.00 petang tadi. Laporan polis terpaksa dibuat memandangkan ia mengelirukan ramai orang terutamanya pembaca Siakap Keli itu sendiri.

Salah Foto Isu Liwat, Pengetua Tahfiz Akan Saman Siakap Keli !

Tambahan pula gambar yang dipaparkan juga telah digunakan oleh akhbar Sinar Harian sebelum ini, atas tajuk “Maahad tahfiz tak akan tutup”. Maka itulah beliau mengesyaki,

“Siakap Keli mahu memanaskan laporan artikel kes terbabit dengan mencedok gambar tahfiz lain. Ia tidak wajar dilakukan sekiranya mereka benar-benar profesional. Apa saja boleh berlaku di zaman ini sebenarnya”, dakwa Muhammad Abdul Salam.

Salah Foto Isu Liwat, Pengetua Tahfiz Akan Saman Siakap Keli !

“Saya dan peguam akan mengadakan sidang media tentang kes ini nanti. Follower siakapkeli mencecah 5.5 juta. Makanya tindakan menyiarkan gambar tahfiz kami terhadap isu berkenaan ternyata boleh mencemarkan nama baik Maahad Tahfiz Miftahul Qura”, katanya.

Menurut beliau lagi, beliau mengetahui gambar tahfiznya disiarkan oleh Siakap Keli sekitar jam 12.30 tengahari pada 23 September lalu, selepas menerima panggilan daripada seorang sahabatnya (Saiful Ashraf). Beliau telah mengarahkan admin Sikap Keli untuk memadamkan gambar berkenaan, namun sehingga laporan polis dibuat ia masih tiada apa-apa tindakan.

“Kes Pengetua liwat pelajat tahfiz itu berlaku di Kepong, Selangor. Gambar yang disiarkan ialah tahfiz kami (Maahad Tahfiz Miftahul Qura). Walau pun dikaburkan, tetapi ia jelas merujuk kepada pusat tahfiz saya. Ada dalam google memaparkan pusat tahfiz ini, maka itulah laporan polis dibuat untuk tuntutan sivil”, kata kenyataannya lagi.

Sementara itu, pihak Siakap Keli juga telah membuat pemohonan maaf secara terbuka.

Permohonan Maaf Terbuka Kepada Maahad Tahfiz Miftahul Qura

Pada 23 September 2018, Siakap Keli telah mengeluarkan satu berita bertajuk “Liwat Sembilan Pelajar, Pengetua Sebuah Pusat Tahfiz Ditahan” yang telah diterbitkan pada pautan https://siakapkeli.my/2018/09/23/liwat-sembilan-pelajar-pengetua-sebuah-pusat-tahfiz-ditahan/.

Artikel tersebut menyentuh berkenaan isu liwat yang melibatkan sembilan orang pelajar maahad tahfiz yang menggegarkan negara baru-baru ini. Bagaimanapun, kekhilafan berlaku di pihak Siakap Keli apabila tersilap menggunakan gambar maahad tahfiz lain menerusi carian Google, iaitu Maahad Tahfiz Miftahul Qura yang telah kami kaburkan seluruh gambar untuk elak timbulnya fitnah, sebagai gambar hiasan artikel berkenaan.

Penggunaan gambar tersebut di dalam artikel terbabit telah menyebabkan pihak yang berkenaan tersinggung. Sehubungan itu pihak Siakap Keli ingin memohon maaf kepada Maahad Tahfiz Miftahul Qura di atas apa yang berlaku dan telah mengambil langkah tambahan ketika pengolahan penulisan bagi mengelakkan perkara yang sama dari berulang.

Sekali lagi kami memohon maaf diatas kekhilafan ini dan pihak kami tiada sebarang niat untuk memalukan atau menjatuhkan bahkan memfitnah mana-mana pihak.

Harap pihak tahfiz dapat memaafkan kami.

Sekian, terima kasih.

Ps:/ diharap kedua belah dapat selesaikan isu ini.