Doakan untuk Warga Sulawesi atas gempa dan tsunami yang terjadi

JAKARTA: Wilayah tengah Indonesia digegarkan gempa bumi dengan kekuatan 7.5 magnitud, kata Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) dan agensi bencana kebangsaan mengeluarkan amaran tsunami.

Gempa melanda wilayah tengah pulau Sulawesi itu dengan kedalaman 10 kilometer, berlaku beberapa jam selepas gempa sederhana mengorbankan seorang di kawasan yang sama.

Agensi bencana Indonesia mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan pantai barat Sulawesi dan pantai timur pulau Borneo, Indonesia.

Beberapa siri gempa melanda negara itu terutama di pulau Lombok sebelum ini yang mengorbankan kira-kira 500 orang dan memaksa ribuan penduduk berpindah serta berlindung di khemah.

Pada 2004, gempa 9.3 magnitud di dasar laut menyebabkan berlakunya tsunami di luar pantai Sumatera di barat Indonesia mengorbankan 220,000 orang penduduk di sekitar Lautan Hindi, termasuk 168,000 rakyat Indonesia.

Indonesia adalah sebuah negara yang kerap dilanda bencana alam. Negara kepulauan yang terletak di atas ‘Lingkaran Api’ Pasifik itu adalah kawasan yang kerap berlaku letusan gunung berapi dan gempa bumi.

Status FB Jokowi

Lagi video gempa

Kronologi Gempa bumi Bermula pada pukul 3 ptg

1. Gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 3:00 petang, 28 September 2018

Koordinat : 0.4° Selatan dan 119.8° Timur
Magnitud : 5.5 skala Richter
Jarak : 61km Utara dari Palu,Indonesia 
Kedalaman : 10 km

2. Gempa bumi kuat telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 6:02 petang, 28 September 2018

Koordinat : 0.2° Selatan dan 119.9° Timur
Magnitud : 7.2 skala Richter
Jarak : 80km Utara dari Palu,Indonesia
Kedalaman : 39 km

3. Gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 6:14 petang, 28 September 2018

Koordinat : 0.1° Utara dan 120.5° Timur
Magnitud : 5.3 skala Richter
Jarak : 131km Timur Laut dari Palu,Indonesia
Kedalaman : 247 km

4. Gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 6:16 petang, 28 September 2018

Koordinat : 0.9° Selatan dan 120.3° Timur
Magnitud : 5.9 skala Richter
Jarak : 45km Timur dari Palu,Indonesia
Kedalaman : 53 km

4. Gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 6:39 petang, 28 September 2018

Koordinat : 0.8° Selatan dan 120.0° Timur
Magnitud : 5.2 skala Richter
Jarak : 17km Timur Laut dari Palu,Indonesia
Kedalaman : 65 km

5. Gempa bumi sederhana telah berlaku di Sulawesi, Indonesia pada jam 7:06 malam, 28 September 2018

Koordinat : 1.1° Selatan dan 120.2° Timur
Magnitud : 5.2 skala Richter
Jarak : 39km Tenggara dari Palu,Indonesia
Kedalaman : 91 km

6. Gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 6:25 petang, 28 September 2018

Koordinat : 0.9° Selatan dan 120.0° Timur
Magnitud : 5.3 skala Richter
Jarak : 15km Timur dari Palu,Indonesia
Kedalaman : 69 km

7. Gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 9:35 malam, 28 September 2018

Koordinat : 0.1° Utara dan 119.7° Timur
Magnitud : 5.7 skala Richter
Jarak : 114km Utara dari Palu,Indonesia
Kedalaman : 10 km

Sumber: Malaysian Meteorological Department

Doakan untuk Warga Sulawesi atas gempa dan tsunami yang terjadi