Warung tepi jalan disita Majlis Perbandaran hanya kerana status Linda Onn di twitter

Kesian rakyat Malaysia ni. Dahlah ekonomi sekarang tidak stabil, menteri dulu suruh buat dua kerja, tapi bila ada kerja kedua terus kena bungkus sebab orang lain dengki.

Inilah yang terjadi kepada seorang pemuda yang membuka warung di tepi jalan. Berputih mata pemuda tersebut melihat warungnya diangkut oleh MPAJ setelah status Twitter Linda Onn mendapat perhatian orang ramai.

Warung tepi jalan disita Majlis Perbandaran hanya kerana status Linda Onn di twitter

Linda Onn memuat naik statusnya di Twitter mengatakan bahawa senang-senang je orang zaman sekarang nak berniaga. Tak payah bayar sewa hingga RM 9-10 ribu terus boleh buka kedai.

Dengan nada sindiran, Linda seterusnya berkata dia pun nak pacak berniaga tepi jalan. Ayat terakhirnya turut menyindir MPAJ seolah-olah tidak buat kerja. Selepas daripada itu, warung pemuda itu disita oleh MPAJ.

Warung tepi jalan disita Majlis Perbandaran hanya kerana status Linda Onn di twitter

Kami pun nak ada kedai sendiri

Dengan nada sayu, pemuda yang bernama Amirul itu hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada Linda sambil berputih mata melihat MPAJ mengangkut barangnya.

Amirul juga turut meluahkan perasaannya di tweet seterusnya:

Warung tepi jalan disita Majlis Perbandaran hanya kerana status Linda Onn di twitter

Hidup kami pun perit, bukan untung selalu pun

Aduh sedinya baca ayat Amirul ni. Iyalah, bukan semua orang mampu untuk menyewa kedai sendiri. Tak semua orang ada sumber pendapatan yang tinggi dan hidup mewah. Cuba tanya mana-mana warung tepi jalan yang meniaga tu, mereka sudah pastinya mahu kedai mereka sendiri.

Apa pula kata netizen mengenai isu ini? Ada yang menyokong tindakan Linda, ada yang tidak. Mari lihat mereka yang menyokong dahulu:

Nak berniaga kena ada lesen

Walaupun ada beberapa netizen yang menyokong tindakan Linda, lebih ramai lagi yang mengecam perbuatannya.

Warung tepi jalan disita Majlis Perbandaran hanya kerana status Linda Onn di twitter

Bukan macam selebriti berpendapatan tinggi

Betul tu, sebelum judge orang, kita patut lihat status mereka. Kalau dah gaji tinggi jadi artis dan selebriti jangan la samakan dengan mereka di bawahan yang cuba mencari rezeki.

Setiap orang lain dugaan yang dihadapi. Mungkin mereka sedang mengumpul duit untuk membuka perniagaan yang sebenar. Dah lah ekonomi sekarang lemah, susah nak dapat kerja, Linda pula dengki dengan usaha orang lain.

Ingat untung semata-mata ke? Banyak dugaan lain

Tengoklah keluhan rakyat Malaysia yang lain. Masing-masing sedang cuba untuk ‘survive‘ dalam keadaan ekonomi yang tenat ni. Kadang nak ‘pacak payung’ pun kena pinjam duit sana sini.

Belum lagi Along datang kutip duit jaga kawasan. Yang itu pihak berkuasa tak mahu ambil tahu pula? Artis bising sikit terus ambil tindakan.

Jaga kedai sendiri dulu.

Kedai sendiri pun tak terurus ada hati nak mempersoalkan sewa mahal. Bayar sewa mahal, harga makanan mahal tapi servis dan kualiti hampeh tak guna jugak Linda. Sebelum dengki dengan orang lain, betulkan dulu apa patut kat kedai sendiri.

Staf pemalas dan waktu menunggu yang lama memang buat pelanggan marah, kalau sedap tak apa juga. Sebab inilah rakyat Malaysia lebih suka makan di warung-warung yang ada.

Ya, memang salah Amirul. Tapi daripada menjatuhkan lebih baik membantu. Kalau peniaga-peniaga tepi jalan tidak tahu ada bantuan dari kerajaan, beritahu lah mereka. Tapi takkan nak pergi satu-satu warung kan?

Senang je, seperti mana Linda menggunakan Twitter untuk jatuhkan orang lain, Linda boleh guna Twitter untuk menasihati dan memberi info. Percayalah, lagi ramai yang akan menghargai perbuatan macam ni berbanding dari apa yang dilakukan sekarang.

Kepada Amirul, ambil pengajaran dan jangan ulangi kesilapan yang sama. Lepas ni cuba berniaga melalui saluran yang betul. Semoga rezeki melimpah ruah selepas dugaan ini.

Sumber: Linda Onn, Amirul Dzulkarnain