Tengok siapa yang meninjau dan periksa Kapal Equanimity hari ini

PERDANA MENTERI, Tun Dr Mahathir Mohamad meninjau dan memeriksa kapal persiaran mewah Equanimity yang berlabuh di Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang, hari ini.

Beliau memasuki kapal berkenaan kira-kira 12 tengahari diiringi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Timbalannya, Liew Chin Tong; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Hanipa Maidin.

Tengok siapa yang meninjau dan periksa Kapal Equanimity hari ini

Turut serta Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Bagaimanapun, media yang membuat liputan hari ini hanya dibenarkan mengambil gambar dan video pada jarak 200 meter dari dermaga dan tidak dibenarkan melihat lebih dekat kapal persiaran mewah itu.

Dalaman kapal itu dikatakan dihiasi dengan daun emas dan marmar, spa dan sauna, kolam renang 20 meter di dek, panggung wayang, lif dan tempat pendaratan helikopter.

Tengok siapa yang meninjau dan periksa Kapal Equanimity hari ini

Kapal layar mewah itu tiba di Pelabuhan Klang pada Selasa selepas dibawa dari Indonesia di mana ia dirampas Februari lalu sebagai sebahagian siasatan Jabatan Kehakiman AS terhadap isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Kapal layar mewah itu, yang dirampas polis Indonesia Februari lalu, adalah antara aset bernilai AS$1.7 bilion (RM6.93 bilion) yang dikatakan penyiasat AS dibeli secara haram menggunakan wang disalurkan daripada dana 1MDB.

Sumber: Harian Metro