Resepi Ayam Gunting Istimewa Sebiji Sama Seperti Dijual

Kalau dulu terasa nak makan ayam,boleh dapat ayam ketul goreng je tapi kini macam-macam ada,salah satunya ayam gunting.

Antara yang popular menjalankan pernigaan ayam gunting ni antaranya Uncle Bob sebelum pelbagai jenama mengambil alih dan menu divariasikan kepada big hot dog dan juga sotong goreng.

Serbuk lada ditabur di atas kepingan ayam gunting menambahkan lagi rasa ayam goreng yang digoreng sehingga kuning keemasan.Kalau dulu harganya RM5.50,sekarang naik sehingga RM8-9 di kebanyakan tempat.Harga yang semakin mahal ni buatkan ada ibu bapa yang berfikir dua kali untuk membelinya.

Resepi Ayam Gunting Istimewa Sebiji Sama Seperti Dijual

Jangan risau,kami akan berikan cara buat ayam gunting ni penuh daripada penyediaan bahan perapan sehingga serbuk lada paprika yang digunakan.

Lepas ni terus pergi cari isi ayam daripada bahagian dada ataupun peha ayam.Nak senang cari yang dah siap disiang seperti di Pasaraya NSK,hanya tunggu celup tepung dan goreng je.

Untuk tepung goreng ayam  ni boleh guna tepung bestari biasa atau pedas.Senang dah cukup rasa tak perlu sukat dah.

Bahan-bahan resepi ayam gunting :

Sukatan ikut kuantiti tersendiri ya.Kalau tak cukup tambah sahaja.

3 isi ayam potong

1 kotak tepung goreng ayam yg kecil

1 1/2 cawan serbuk roti

1 biji telur ayam

Resepi Ayam Gunting Istimewa Sebiji Sama Seperti Dijual

Cara-cara penyediaan isi ayam goreng :

Boleh tengok video tutorial di bawah ye.

#1: Masukkan tepung bersama serbuk roti dan kacau hingga sebati.Masukkan ayam dan ratakan.Celupkan ke dalam telur dan masukkan balik ke dalam tepung tadi.Ratakan.

Buat sekeping demi sekeping ya .

#2: Panaskan minyak dalam kuantiti yang bolehkan ayam terendam.Seeloknya guna periuk yang tinggi dan tak terlalu besar.Suhu sederhana sahaja ya untuk elakkan ayam goreng menjadi hangit.

Masak hingga kekuningan.Angkat,toskan dan gunting ayam menjadi kepingan.

Bahan-bahan resepi serbuk ayam gunting:

1 kiub perasa ayam

2 sudu makan serbuk paprika (kalau suka pedas boleh tambah)

1/2 twisties yang sederhana

1/2 sudu makan serbuk lada hitam

1 sudu makan gula

Kisar kering semua bahan di atas sehingga menjadi serbuk.Barulah ditabur di atas kepingan ayam gunting.

Sedap pedas masin manis masam semua cukup lengkap rasanya.Lepas ni dah boleh buat sendiri dah kan.Selamat mencuba daripada kami.

VIDEO TUTORIAL AYAM GORENG GUNTING