Terdengar ‘Ibu nak ayam tu!’ – Semua tengok budak itu minta ayam KFC yang dah jatuh ke lantai

Perkembangan seorang kanak-kanak bergantung kepada tahap didikan dan asuhan ibu bapa dan guru. Jika contoh dan akhlak yang terbaik diterapkan, berkemungkinan jugak akhlak atau sikap tersebut juga akan diaplikasikan oleh kanak-kanak. Lantaran itu sebagai seorang dewasa, nilai-nilai positif perlu ditonjolkan bagi memupuk sifat mulia dalam kalangan kanak-kanak.

Kisah kanak-kanak dan KFC ini menarik perhatian netizen. Kata-kata yang terpacul dari mulut seorang kanak-kanak ini membuatkan orang-orang di sekeliling tertumpu ke arahnya. Kanak-kanak ini juga telah diberikan seketul ayam KFC secara percuma kerana kata-katanya.

SIAPA KATA BUDAK-BUDAK TAK BOLEH JADI CONTOH KEPADA ORANG DEWASA

Cerita dia malam tadi masa sebelum aku masuk kerja. Perut bunyi so aku pun pergi la KFC la since dah nak masuk waktu kerja. Then depan aku ni ada sepasang suami isteri dengan anak depa(dalam lingkungn 10 tahun rasanya).

Tak apa la aku pun tunggu punya tunggu sampai turn depa kat depan. Then si ibu pesan ayam tiga ketul, cheezy wedges, air pepsi bla bla bla. Aku perasan staf tu macam gelabah sikit. Entah la pekerja baru kot.

Time staf tu ambik ayam, tiba-tiba ayam tersebut terlepas dari cengkaman pengepit besi tu. Apa lagi si staff pun melatah. Masa nak kutip ayam yang terjatuh atas lantai tu, aku dengar seorang lagi pekerja, maybe senior or supervisor something like that jerit “ambik ayam tu, kejap lagi, buang!”

Then budak 10 tahun depan aku ni tiba-tiba tarik tangan ibu dia. “Ibu nak ayam tu!” Si ibu pun kata balik, “tak boleh, tak leh. Ayam tu dah jatuh, kotor.” Then reaksi budak tu jawab memang buat aku kagum.

“Tapi ustazah along cakap makanan Nabi jatuh, tapi Nabi makan jugak. Ustazah cakap tak elok membazir. Jangan buang!” Masa tu semua yang ada dalam KFC tu tengok budak tu. Aku cuak beb sebab aku berdiri belakang dia!

Orang yang baik akan dibalas baik. Tiba-tiba staf yang suruh buang ayam tu datag kat diorang and bagi 1 ketul ayam free kat budak tu. “Ok akak tak buang ayam tu, akak bagi kucing makan ya.” Senyum akak tu tengok budak tu.

Terdengar 'Ibu nak ayam tu!' - Semua tengok budak itu minta ayam KFC yang dah jatuh ke lantai

The point is. Jangan kita ingat kita lebih tua dan lebih lama hidup bermakna kita semuanya betul. Ada masanya Allah hantar budak kecik untuk ingatkan kita benda-benda kecil yang kita selalu lupa. Sebaik-baik dakwah adalah akhlak. Memang betul aku kagum dengan budak tu walaupun tak baligh lagi.

nota kaki: sape la potong bawang.

Sumber: Denzene31