Bapa kesal spekulasi Mia Sara masuk hospital

KUALA LUMPUR: Pelakon Mia Sara Nasuha, 13, dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kota Damansara, Petaling Jaya, kelmarin akibat jangkitan kuman pada saluran kencing.

Bapa Mia, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh yang dihubungi BH Online berkata, jangkitan itu turut menyebabkan buah pinggang pelakon remaja terbabit membengkak.

Kena tahan di hospital, Mia Sara sakit buah pinggang?

“Ketika bangun Subuh, kelmarin, Mia mengadu sukar kencing menyebabkan perutnya sakit. Mia bagaimanapun, tetap ke sekolah seperti biasa.

“Namun, dia menghubungi saya pada tengah hari itu dan mengadu sakitnya belum hilang. Saya terus membawanya ke klinik, tetapi diminta doktor ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Doktor memaklumkan, Mia mengalami jangkitan kuman pada saluran kencing menyebabkan buah pinggangnya turut membengkak. Selepas mendapat rawatan, Alhamdulillah keadaan kesihatan Mia bertambah baik,” katanya.

Kena tahan di hospital, Mia Sara sakit buah pinggang?

Tambah Ridhuan, masalah itu terjadi mungkin berpunca daripada tabiat Mia yang kurang minum air hingga menyebabkan tubuhnya mengalami dehidrasi.

Ridhuan bagaimanapun, lega apabila Mia tidak mempunyai penyakit serius lain dan dijangka dibenarkan pulang dalam beberapa hari lagi.

Kena tahan di hospital, Mia Sara sakit buah pinggang?

Sementara itu, Ridhuan mengakui sedikit kesal apabila apabila ada pihak tidak bertanggungjawab membuat pelbagai spekulasi, termasuk kononnya Mia dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang.

“Saya tidak sangka ada pihak yang sanggup mereka-reka cerita tanpa usul periksa. Namun, saya berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan Mia supaya cepat sembuh,” katanya.

Mia pernah membintangi filem, Nur Kasih The Movie, Sekali Lagi, Papa I Love You dan Lagenda Budak Setan 3: Kasyah.

Kena tahan di hospital, Mia Sara sakit buah pinggang?