Serangga masuk dalam telinga. Jangan panik, jangan korek guna ‘cotton bud’. Boleh jadi pekak. Ikuti cara Dr Shaiful untuk keluarkan serangga dengan cara selamat & berkesan.

“Dr, tolong tengokkan telinga anak saya, nampak mcm ada serangga. Dia asyik menangis dan sakit dalam telinga” – Ini adalah situasi yang saya alami di klinik 2 hari yang lepas. Ingin tahu apa LANGKAH-LANGKAH AWAL jika seranggan memasuki telinga anda? Follow THREAD

1) JANGAN PANIK/KALUT

Ini sangat penting, bukan sahaja bagi kanak2, tetapi untuk orang dewasa juga (jangan terkejut, saya pernah dapat pesakit dewasa yang sangat agresif ). Untuk ibu bapa, cuba tenangkan anak-anak anda dengan komunikasi yang berkesan.

2) JANGAN CUBA MASUKKAN “CoTToN BUDs” / BESI / KUNCI KE DALAM TELINGA

Ini perkara yang sangat biasa berlaku. ELAKKAN..!!! Kerana ia boleh menyebabkan serangga itu semakin tertolak ke dalam telinga & juga berisiko untuk cederakan saluran telinga termasuk gegendang telinga.

3) TITISKAN OLIVE OIL / MINYAK ZAITON KE DALAM TELINGA

Ini boleh melemaskan / mematikan serangga tersebut agar tidak berlaku komplikasi yang lain disebabkan oleh serangga tersebut, lebih-lebih lagi bagi serangga yang agak besar.

4) ANDAI NAMPAK IA DILUAR, KELUARKAN.

Jika bernasib baik, bagi serangga yang sudah nampak keluar di hujung lubang/cuping telinga, boleh keluarkan samada gunakan jari anda (jika dapat) atau pengepit kecil yang boleh tangkap serangga tersebut.

5) MASIH DI DALAM, SEGERA KE HOSPITAL

Walaupun rasanya serangga itu sudah mati , anda perlu SEGERA ke Hospital untuk Doktor keluarkan kerana andai dibiarkan di dalam telinga walaupun serangga itu sudah mati, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman telinga boleh berlaku.

6) ANDAI INI BERMANFAAT, KONGSIKAN

Kongsikan pada semua termasuk kawan-kawan, saudara-mara, Cikgu sekolah termasuk sekolah memandu.

Sumber: Dr Shaiful

5 Bahaya Telinga Kemasukan Serangga dan Cara Mengatasinya

Telinga merupakan indera manusia yang termasuk kedalam bahagian indera yang sangat penting iaitu untuk mendengarkan. Telinga merupakan indera pendengar pemberian Tuhan yang tidak boleh digantikan kenikmatan pendengarannya.

Telinga kita sangat sensitif jika kemasukan benda asing sehingga kita akan merasa terganggu. Benda asing yang masuk kedalam telinga boleh saja benda hidup ataupun benda mati. Jika benda tersebut hidup tentunya akan bergerak-gerak didalam telinga dan menjadikan kita merasa geli dan tidak selesa. Benda hidup yang sering masuk kedalam telinga iaitu serangga. Serangga banyak macam dan jenisnya seperti semut, lalat, ulat serta haiwan serangga.

Jika serangga masuk kedalam telinga kita maka dapat membahayakan pendengar kita ini. Berikut adalah beberapa bahaya sekiranya serangga memasuki telinga :-

Merobek gendang telinga

Jika kita berusaha mengeluarkan serangga yang masuk kedalam telinga dengan menggunakan cara yang salah maka dapat menyebabkan serangga yang ada di dalam telinga merasa terganggu. Serangga yang merasa terganggu akan berusaha mencari jalan keluar tetapi tidak menemukannya dan akhirnya serangga akan semakin masuk ke bahagian telinga dalam sampai pada gendang telinga. Didalam gendang telinga serangga akan semakin terperangkap dan susah keluar, gesekan kaki serangga yang tajam akan merosakkan gendang telinga kerana kaki serangga tajam.

Menimbulkan infeksi

Serangga yang masuk kedalam telinga juga dapat menimbulkan infeksi dan luka didalam telinga. Infeksi boleh terjadi kerana kita berusaha untuk mengeluarkan serangga dengan benda asing lain misalnya cotton bud atau benda lain dengan secara mendalam sehingga bahagian telinga yang tidak pernah tersentuh benda asing menjadi tersentuh dan jika melakukannya dengan kasar boleh menimbulkan luka. Luka juga boleh terjadi kerana gigitan serangga. Luka yang ada boleh menimbulkan infeksi.

Menimbulkan bunyi bising di dalam telinga

Serangga yang masuk kedalam telinga juga panik sehingga serangga tersebut akan berjalan-jalan didalam telinga dan menimbulkan bunyi bising didalam telinga kita. Suara tersebut sangat mengganggu dan menjadikan tidak selesa.

Merosakkan pendengaran

Jika telah terjadi infeksi atau luka akibat penggunaan benda asing untuk mengeluarkan serangga dari telinga maka dapat menyebabkan pendengaran terganggu serta lambat laun jika tidak diatasi dapat merosak pendengaran.

Jika serangga telah masuk kedalam telinga maka kita lebih baik segera melakukan beberapa tindakan untuk mengeluarkan serangga. Cara melakukannya tidak boleh sembarangan kerana dapat membahayakan kesihatan telinga kita. Cara melakukan pertolongan pertama pada telinga yang kemasukan serangga iaitu sebagai berikut:

Tips Mencegah Serangga Masuk ke Dalam Telinga

1. Jangan terlalu sering membersihkan kotoran telinga

Kotoran atau cairan lilin yang ada didalam telinga bukan berati tidak mempunyai manfaat. Tetapi  sangat bermanfaat iaitu mencegah masuknya serangga yang masuk kedalam telinga kita masuk lebih dalam.Serangga akan tersangkut di cairan lilin tersebut dan serangga tidak masuk ke dalam saluran gendang telinga ataupun saluran otak. Maka jangan terlalu kerap membersihkan lapisan lilin yang ada didalam telinga kita.

2. Jangan meletakkan makanan di dekat tempat tidur

Makanan yang diletakkan di tempat tidur akan mengundang serangga terutama semut untuk mengerumuninya. Semut tersebut dapat masuk kedalam telinga ketika kita sedang tidur kerana terdapat ditempat tidur kita.

3. Jaga kebersihan tempat tidur anda

Tempat tidur merupakan tempat untuk beristirahat jika anda tidak membersihkan tempat tidur boleh berisiko ada semut yang masuk kedalam telinga anda ketika tidur.

4. Memakai penutup telinga

Memakai penutup telinga ketika tidur juga dapat menyelamatkan telinga anda daripada dimasuki serangga.

Oleh yang demikian adalah cara mengeluarkan serangga didalam telinga serta bahaya jika serangga masuk ke dalam telinga. Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat. Kongsikan agar ramai mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Terima kasih.