Imigresen Malaysia: ‘Neraka’ Buat Pelancong Terkandas

Masa pergi melancong mesti rasa gabra sikit bila sampai dekat imigresen. Maklumlah macam-macam cerita dekat imigresen ni. Kang kena tahan, tak pasal-pasal pulak kan.

Kalau nak tau, imigresen di Malaysia pun tak lepas dengan cerita-cerita yang kurang enak didengar. so, kali ni admin nak bagitau korang tentang imigresen Malaysia: ‘neraka’ buat pelancong terkandas menurut laporan South China Morning Post.

1. Pelancong Singapura, Joshua Lee

Joshua merupakan rakyat Singapura yang datang ke Malaysia bagi menghadiri e-sports Tournament dan menggambarkan pengalamannya di imigresen Malaysia dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai neraka. Katanya, dia terkandas semata-mata kerana mempunyai pasport yang akan tamat tempoh dalam masa kurang dari enam bulan.
Imigresen Malaysia: ‘Neraka’ Buat Pelancong Terkandas
Kerana masalah ni je, Joshua tidak dibenarkan menggunakan telefon dan ditahan di dalam lokap dengan lebih 100 lagi tahanan lain selama 26 jam. Bukan itu je, dia juga dah menyaksikan tahanan lain diserang oleh lima orang pegawai imigresen.
Joshua menjelaskan bahawa dia hanya dilepaskan kerana bapanya memaklumkan kepada pihak berkuasa selepas gagal menghubungi anaknya itu. Mengaku dengan kesalahannya kerana tidak renew pasport sebelum ke Malaysia, dia memberitahu tahanan lain pula ditahan atas alasan mengarut seperti membawa kad dan bukan cash.
Imigresen Malaysia: ‘Neraka’ Buat Pelancong Terkandas
2. Warganegara Afrika Utara, Daniel
Daniel berusia 21 tahun merupakan transgender yang terbang ke Kuala Lumpur dari Jakarta, Indonesia kerana mempunyai appointment dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian di Kuala Lumpur. Malangnya, dia ditahan dan dibawa ke Pejabat Imigresen.

Imigresen Malaysia: ‘Neraka’ Buat Pelancong Terkandas

Katanya, semasa di sana, pegawai tersebut bertanyakan soalan bertubi-tubi tanpa memberikan peluang untuk dia memberikan jawapan dan akhirnya dihalang masuk ke Malaysia tanpa sebab yang munasabah. Malang buatnya, dengan status jantina Daniel, adalah tidak selamat untuk dia pulang ke negara asal.

Apabila pegawai di situ mengetahui status jantinanya,mereka memalukan Daniel dengan memberikan tenungan tajam, tengking serta mengejek Daniel sehinggakan ada yang mengugut untuk memukulnya. Memeritkan, barangnya semua kena sita dan apabila Daniel meminta air, dia hanya dimarahi dan disuruh untuk duduk.
Imigresen Malaysia: ‘Neraka’ Buat Pelancong Terkandas
“Mereka memalukan saya dan tanya soalan yang membuatkan saya tidak selesa.”

Daniel tidur di atas kerusi bersebelahan dengan tandas dan diberi makan buat kali pertama pada jam 5 pagi keesokan harinya. Segala persoalannya tidak dijawab malah ditengking oleh pegawai di situ. Daniel terkandas selama 36 jam sebelum dihantar semula ke Indonesia di mana dia ditahan semula.

3. Warga Afrika Selatan, Walter

Selepas tiba di KLIA, Walter tidak dibenarkan untuk masuk ke Malaysia dan ditahan dalam lokap. Dia merupakan seorang pelancong yang telah melancong sekitar Asia selama enam bulan. Katanya,

“Keadaan lokap tu teruk. Tandas terbuka dan orang keliling boleh nampak. Seluruh tempat tu berbau hancing dan busuk. Kami terpaksa tidur di atas lantai yang kotor dan sejuk. Mereka tak bagi makanan vegetarian, jadi saya tak boleh makan. Mereka hanya bagi air botol je.”
Imigresen Malaysia: ‘Neraka’ Buat Pelancong Terkandas
Walter juga tidak dibenarkan untuk menghubungi sesiapa termasuk ahli keluarga mahupun wakil dari negara asalnya. Sebab dia ditahan juga tidak diterangkan dan dua pegawai turut mengugutnya apabila Walter bertanya banyak soalan.
Bukan itu je, Walter juga menyaksikan pegawai yang menjaga di sebelah malam merasuah tahanan lain sebagai tiket untuk dilepaskan. Sambungnya lagi, dua orang tahanan telah membayar RM3,500 dan mereka dilepaskan serta merta sebelum dihantar pulang ke negara asal.
Imigresen Malaysia: ‘Neraka’ Buat Pelancong Terkandas
Walter dilepaskan selepas ditahan selama 24 jam tanpa sebab. Jelasnya tiada kesalahan yang telah dia lakukan dan segala bukti yang menunjukkan dia berada di Malaysia untuk bercuti turut ditolak pegawai di situ.
4. Tenaganita, Glorene A. Das
Tenaganita yang merupakan Kumpulan Hak Asasi Manusia Berpangkalan di Malaysia menjelaskan bahawa keadaan lokap di KLIA sangat teruk dan kotor.

“Kami selalu dengar kes penderaan, rasuah dan pemerdagangan yang berlaku sepanjang dalam tahanan. Penahanan dan layanan kasar secara berterusan ini mengancam nyawa beribu orang.”
Imigresen Malaysia: ‘Neraka’ Buat Pelancong Terkandas
Katanya, hampir kesemua tahanan di KLIA telah didakwa kerana tidak mempunyai dokumen. Walaupun kesalahan tersebut merupakan kesalahan dari segi pentadbiran tetapi mereka dilayan seperti penjenayah.

Das juga menjelaskan bahawa berdasarkan laporan pada tahun 2017, terdapat lebih daripada 100 orang asing di pusat pendatang asing Malaysia mati kerana penyakit berjangkit dan sebab yang tak diketahui. Lebih dari separuh merupakan pelarian Rohingya.

Tak sangka di Malaysia juga mengamalkan cara begini. Yang peliknya, kalau buat kesalahan pun bukanlah jenayah yang besar. Tapi dilayan macam penjenayah. Tidak memberikan penjelasan yang jelas kenapa ditahan pun ibarat melanggar hak orang yang ditahan tu. Ishh..ishh..ish..

Scarylah!

Sumber: lobakmerah